5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA
Kebanyakan selebriti suka bereksperimen dengan penampilan termasuk gaya rambut untuk kekal relevan dalam industri.
Bagaimanapun ada juga yang memilih untuk kekal dengan stail ikonik mereka bukan saja selama beberapa tahun, malah berdekad lamanya.
Jadi apabila sesekali muncul dengan gaya berbeza, penampilan mereka hampir tidak dikenali sekali gus mengundang reaksi peminat.
GL kongsikan beberapa foto selebriti lelaki tanpa gaya rambut signature mereka
1. Harry Styles
Sepanjang kerjayanya, Harry terkenal dengan gaya rambut keriting tebal dan panjang. Namun pada 2019, pelakon dan penyanyi itu memotong pendek rambutnya untuk penampilan lebih kemas.
Rambut ikal panjang Harry sangat diminati, justeru keputusannya itu membuat ramai peminat kecewa. Segelintir daripada mereka mengakui sukar untuk membiasakan diri melihat Harry tanpa rambut panjang.
2. Jason Momoa
Bintang Aquaman ini dikenali dengan rambut panjang, juga janggutnya yang tebal. Namun dia pernah menggayakan rambut pendek ketika muda.
Pada 2013, penampilan Jason kelihatan kemas dan terurus dengan potongan rambut dan janggut yang lebih rapi. Dia memberitahu Daily Telegraph pada 2018, “Isteri saya pasti minta cerai jika saya potong rambut. Jadi saya akan simpan rambut panjang.”
Dia masih menggayakan rambut panjang walaupun setelah bercerai dengan isterinya, Lisa Bonet tahun lalu.
3. Vin Diesel
Sejak mengecapi kemasyhuran, Vin Diesel sentiasa tampil botak. Justeru apabila dia menggayakan rambut palsu untuk peranannya dalam filem, penampilannya amat berbeza.
Dia tampil berambut lebat dalam beberapa filem termasuk Find Me Guilty (2006) dan The Last Witch Hunter (2015). Pada 2016, Good Housekeeping menyiarkan foto lamanya daripada buku tahunan Anglo American School 1985.
4. Alexander Skarsgard
Aktor Sweden ini mengejutkan peminat apabila tampil dengan rambut separuh botak pada 2017. Ramai menyangka dia mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Penampilannya amat berbeza dengan gaya rambut ikoniknya yang lebat dan perang. Malah dia kelihatan lebih tua.
Bagaimanapun peminat menarik nafas lega tidak lama kemudian setelah mengetahui ia adalah untuk peranannya dalam filem The Hummingbirk Projek (2018). Rambutnya tumbuh seperti biasa selepas itu.
5. Taylor Kitsch
Rambut panjang Taylor antara tarikan utama pada dirinya. Kebanyakan peminat mengenalinya menerusi watak Tim Riggins dalam Friday Night Lights. Dalam siri itu dia tampil seksi berambut paras bahu.
Jadi apabila dia muncul dengan rambut buzz cut pada 2011, peminat amat terkejut. Sejak itu dia jarang dilihat dengan gaya rambut panjang.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN
Baru setahun bergelar pasangan kekasih, Harry Styles dan Taylor Russell dilaporkan telah pun membawa haluan masing-masing.
HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO
Lima bulan selepas sah bercerai dengan Lisa Bonet, Jason Momoa memperkenalkan teman wanita barunya kepada peminat.
4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI
Sama ada rambut panjang atau pendek, pelakon berbakat dan ikon fesyen, Meerqeen berani untuk eksperimen dengan gaya rambut unik, segar dan menarik.
10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR
Ramai pelakon mendapat inspirasi daripada ibu bapa mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang sama.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.