SIAPAKAH YANG LAYAK KE PHYSICAL: ASIA? GLAM LELAKI CADANGKAN 6 HERO MALAYSIA HEBAT INI!
Rancangan Physical: Asia menjadi semakin hangat apabila pertanyaan mengenai penyertaan Team Malaysia. Siapa yang layak?
Dunia kecergasan bukan lagi sekadar tentang memiliki six packs untuk sesi fotografi, tetapi tentang fungsi, ketahanan, dan kecekalan mental. Selepas fenomena global Physical 100 dan Physical Asia, timbul persoalan: Siapakah yang mampu membawa cabaran Malaysia jika pentas dibuka?
Dari pelakon aksi tegar hingga ke figura politik yang aktif, GLAM Lelaki menyenaraikan 6 individu yang memiliki pakej lengkap—fizikal yang estetik dan kekuatan yang fungsional—untuk bertarung di pentas Physical: Asia.
#1 Hairul Azreen
Hairul Azreen adalah gold standard untuk pelakon aksi di Malaysia. Dia tidak hanya membina otot di gimnasium, tetapi menjalani latihan intensif ala pasukan khas demi filem seperti PASKAL dan Malbatt. Hairul Azreen memiliki latar belakang seni bela diri Taekwondo dan pernah menjalani latihan bersama komando sebenar. Ini memberikannya kelebihan dari segi explosive power dan ketahanan lasak yang jarang dimiliki pelakon lain menjadikannya layak untuk ke acara Physical: Asia mewakili Malaysia.
#2 Meerqeen
Mewakili generasi Z yang paling berpengaruh, Meerqeen membuktikan bahawa imej high-fashion boleh berjalan seiring dengan fizikal yang padu. Dia kini tampil dengan transformasi tubuh yang lebih sasa dan “solid”. Walaupun sibuk di set penggambaran antarabangsa, Meerqeen sangat berdisiplin dengan latihan bebanan (weight training). Kelebihannya adalah pada agility dan metabolisme tinggi, menjadikannya pesaing pantas dalam ujian kelajuan.
#3 Syed Saddiq
Syed Saddiq merupakan salah satu nama yang menyerlah untuk menyertai Physical: Asia sebagai wakil Team Malaysia. Satu-satunya figura politik dalam senarai ini yang memiliki tahap kecergasan atlet elit. Syed Saddiq sering dilihat memecah rekod peribadi dalam sukan larian dan berbasikal. Syed Saddiq merupakan seorang Triatlet dan pelari tegar. Beliau baru-baru ini berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi dengan catatan masa yang cukup mengagumkan iaitu 12 jam, 22 minit, dan 18 saat. Beliau turut menyertai Ironman World Championship 2025 di Perancis. Ini membuktikan bahawa kekuatan core dan daya tahan kardiovaskularnya berada pada tahap tertinggi.
#4 Hakimi Noordin
Hakimi Noordin adalah definisi lean muscle yang sempurna. Dia memiliki disiplin yang sangat ekstrem dalam menjaga komposisi lemak badan, menjadikannya sentiasa dalam keadaan “screen-ready”. Sebagai peminat teguh aktiviti gimnasium, Hakimi memfokuskan kepada latihan kekuatan fungsional. Pencapaian Hakimi Noordin dalam arena kecergasan kompetitif sememangnya amat membanggakan, terutamanya dalam sukan HYROX. Bersama pasangannya Ikmal Amry, mereka telah berjaya mencatatkan masa terpantas dan menduduki Ranking No. 1 di Asia bagi stesen Wall Ball semasa penyertaan mereka dalam kejohanan HYROX.
#5 Malek Mccrone
Malek Mccrone memiliki ketinggian model antarabangsa, tubuh Malek dibina sepenuhnya untuk prestasi dan kelajuan. Malek merupakan seorang Triatlet aktif yang sering menyertai kejohanan larian dan renang jarak jauh. Kombinasi otot panjang (long muscles) dan stamina luar biasa menjadikannya ancaman besar dalam acara berangkai yang menguji kapasiti paru-paru.
#6 Alif Satar
Jika ada seorang individu yang melambangkan kecekalan mental, dialah Alif Satar. Dia merupakan inspirasi bahawa gaya hidup sibuk bukan alasan untuk tidak berada pada tahap fizikal terbaik. Alif Satar merupakan pemegang gelaran Ironman 70.3 (Langkawi & Desaru). Alif pakar dalam sukan daya tahan tinggi dan baru-baru ini turut menakluki cabaran HYROX bersama ‘Pendekar Malaysia’. Dia memiliki “mentaliti besi” yang diperlukan untuk bertahan dalam ujian fizikal yang menyakitkan.
#7 Ikmal Amry
Ikmal Amry adalah antara selebriti pertama yang memulakan gelombang “body transformation” di media sosial. Dia sangat teliti tentang anatomi badan dan pembentukan otot yang estetik. Ikmal dikenali dengan rutin bodyweight training dan angkatan berat yang konsisten. Dia memiliki grip strength yang kuat dan definisi abs yang sangat tajam, menjadikannya calon kegemaran untuk ujian kekuatan fizikal yang memerlukan kestabilan tubuh yang tinggi. Bersama Hakimi Noordin, Ikmal turut memenangi tempat pertama dalam Asia bagi stesen Wall Ball.
Tujuh figura ini membuktikan bahawa maskuliniti moden adalah tentang keseimbangan antara gaya hidup, rupa paras, dan kekuatan yang teruji di lapangan sukan. Mereka bukan sekadar ikon di bidang masing-masing, tetapi bukti bahawa disiplin adalah kunci kepada kecemerlangan fizikal.
Pautan berkaitan: HYROX: 5 NAMA YANG AKTIF BERTANDING DALAM ARENA KECERGASAN GLOBAL
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











