Skip to content

ADAM LEVINE KEMBALI SEBAGAI JURI THE VOICE MUSIM KE-27

ADAM LEVINE KEMBALI SEBAGAI JURI THE VOICE MUSIM KE-27

Kongsikan artikel ini

Vokalis Maroon 5, Adam Levine nampaknya membuat pusingan-U apabila menyertai barisan juri rancangan The Voice musim terbaru.

Penyanyi itu akan kembali duduk di kerusi merah di samping juri baru musim ini, Kelsea Ballerini serta juri sedia ada, Michael Buble dan John Legend.

Untuk mengumumkan berita itu, Adam berkongsi sebuah video di Instagram yang menunjukkan komen peminat selama bertahun-tahun yang memintanya untuk kembali. Salah satunya daripada rakan juri Blake Shelton yang menulis, “Bring Adam Back!!!”

“Yeah, we’re back. We’re coming back. I’m coming back, is what I mean. Season 27. Yes, I’m coming back. I’m so excited. I cannot wait. I’m well rested. I’m ready to go.

“I’m a little nervous. I’m not nervous. But I’m so excited and it’s going to be great and I can’t wait. It’s going to be awesome. Let’s go! Team Adam is back. I feel bad for the other teams,” katanya menerusi video yang dikongsi.

Penglibatan Adam Levine Dalam The Voice

Adam berkhidmat sebagai juri The Voice selama 16 musim sebelum meninggalkan rancangan itu pada Mei 2019. Alasan yang diberikan, dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Pada penghujung Disember 2020, Adam mengesahkan bahawa impian peminat untuk melihatnya kembali ke rancangan itu tidak akan menjadi kenyataan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu membuka sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story miliknya, dan salah seorang peminat bertanya adakah dia berminat untuk kembali ke rancangan tersebut.

“Kembali menyertai The Voice?” tanya peminat tersebut, dan jawapan yang diberikan sangat ringkas namun berpendirian, “Tidak, terima kasih.”

Foto: NBC

Peminat juga bertanyakan beberapa soalan lain antaranya adakah dia merindui rakan seperjuangannya Blake Shelton. Dengan nada bergurau dia menjawab, “Siapa Blake?”

Adam menjadi antara juri terawal yang menduduki kerusi merah The Voice pada 2011. Selepas menarik diri, tempatnya digantikan oleh Gwen Stefani. Namun dia tidak meninggalkan rancangan itu dengan tangan kosong. Suami kepada supermodel Behati Prinsloo itu pernah menang besar sebanyak tiga kali iaitu pada musim pertama (Javier Colon), musim ke-5 (Tessanne Chin) dan musim ke-9 (Jordan Smith).

 

Foto: NBC

Pautan berkaitan: ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

Bacaan Lanjut
PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

Bacaan Lanjut
DUA LAGI WANITA DEDAH KECURANGAN ADAM LEVINE

DUA LAGI WANITA DEDAH KECURANGAN ADAM LEVINE

Bacaan Lanjut

ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

Bacaan Lanjut
DITUDUH MENGHINA PEMINAT, ADAM LEVINE TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

DITUDUH MENGHINA PEMINAT, ADAM LEVINE TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

Bacaan Lanjut
TINJAU RUMAH LADANG MILIK PENYANYI MAROON 5, ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO

TINJAU RUMAH LADANG MILIK PENYANYI MAROON 5, ADAM LEVINE & SUPERMODEL, BEHATI PRINSLOO

Bacaan Lanjut