Skip to content

AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL: BUAS

AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL BUAS

Kongsikan artikel ini

Filem terbaharu lakonan dan terbitan Aeril Zafrel, Abnormal Buas bakal menemui penonton di layar perak tidak lama lagi.

Kira-kira dua minggu sebelum tayangan, 3,000 naskah novel adaptasi filem itu dikeluarkan dan dijual pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini. Ia dikarang oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin serta Syamzaily Musa dan diterbitkan oleh Karya Publika.

Menurut Aeril selaku penerbit filem di samping isterinya Wawa Zainal, penerbitan novel ini membantu orang ramai mengenali dan memahami jalan cerita filem dengan lebih mendalam.

“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif. Malah walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami ceritanya dengan baik.

“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Jadi novel ini menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam. Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelami dan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.

Abnormal: Buas

Foto: Harian Metro

Plot & Pelakon Abnormal Buas

Aktor berusia 36 tahun itu menambah, filem Abnormal Buas mengisahkan tentang manusia bersifat kebinatangan yang diselitkan elemen fiksyen.

Ia berkisar tentang sebuah pertubuhan rahsia yang membangunkan sekumpulan manusia super untuk menjadi pengintip dan pembunuh. Program rahsia itu mencetus masalah apabila salah seorang manusia super melarikan diri dan berlindung di dalam rumah yang didiami sebuah keluarga. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila tiga perompak memecah masuk ke dalam kediaman itu.

Selain Aeril, Abnormal Buas turut dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri hiburan termasuk Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Nabila Huda dan Johan As’ari. Tidak lupa juga Wawa Zainal dan anak perempuan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Selepas Sabda Kekasih, filem ini merupakan terbitan kedua Respected Citizen Production, syarikat milik pasangan itu. Abnormal Buas akan ditayangkan di pawagam pada 20 Jun 2024.

Lancar Novel Adaptasi Filem Abnormal Buas, Aeril Zafrel Mahu Peminat Puas

 

Foto: Facebook/Instagram

Pautan berkaitan: CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 KALI KEDUA?

APA PUNCA AERIL ZAFREL POSITIF COVID-19 BUAT KALI KEDUA?

Bacaan Lanjut
AERIL ZAFREL BERKONGSI TIP ATASI TEKANAN KALA PANDEMIK

AERIL ZAFREL BERKONGSI TIP ATASI TEKANAN KALA PANDEMIK

Bacaan Lanjut
AERIL ZAFREL BERKONGSI PENGALAMAN MENJADI MANGSA SIHIR

AERIL ZAFREL DAN PENGURUS DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut