Skip to content

AKIBAT STRES MELAMPAU, GODFREY GAO MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH KETIKA PENGAMBARAN

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan model kelahiran Taiwan dan Kanada, Godfrey Goa dikhabarkan meninggal dunia pada rabu pagi (27 November) setelah pengsan tidak sedarkan diri sewaktu dalam pengambaraan rancangan Chase Me di timur China sekitar jam 2 pagi tadi.

Untuk pengetahuan, Chase Me merupakan rancangan realiti Cina yang membuat rakaman pada waktu malam di kawasan bandar dan melibatkan dua pasukan saingan untuk memenangi perlumbaan. Menurut Maoyan Entertainment, Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang dikejarkan ke pusat perubatan selepas rebah ketika berlari dalam satu acara berpasukan ketika pengambaran. Bagaimanapun, sebelum Gao dikejarkan ke hospital, paramedik sempat untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit sebelum jantungnya berhenti berdegup selama beberapa saat.

2 of 2

https://www.instagram.com/p/BVcPiFMgBnU/

Dalam satu laporan, Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung menyatakan gaya hidup diamalkan Godfrey Gao yang overworked, sering dibebani kerja dan gemar berjaga hingga lewat malam menjurus kepada kematian mengejutnya, lalu berpotensi mengakibatkan stress melampau dan meningkatkan hormon stress yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah dan gangguan pada rentak denyutan jantung.

Saksikan video yang sempat dirakam saat Godfrey sebelum rebah dan meninggal dunia menerusi akaun Ashley Del Mundo.

https://www.youtube.com/watch?v=R58ZqN_AC10&feature=emb_title

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut