AKSI WILL SMITH MENAMPAR CHRIS ROCK MENGEJUTKAN PENTAS OSCAR 2022
Ketika kamera mengfokuskan kepada Jada Pinkett Smith, pelakon yang duduk sebebelahan suaminya itu kelihatan seperti tidak selesa dengan lawak jenaka tersebut. Kemudian, pelakon “King Richard” itu bangun dan bergerak ke atas pentas sebelum menampar Chris Rock ketika acara siaran langsung. Hampir kesemua penonton termasuklah Chris Rock sendiri kelihatan terkejut dan keliru selepas kejadian tersebut.

(Photo by Neilson Barnard/Getty Images)
Ketika teater tersebut menjadi diam, Chris Rock sempat melawak, “That was the greatest night in the history of television”. Will Smith masih lagi kelihatan marah dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia duduk di bawah. Penyampai seterusnya, bintang muzik Sean “Diddy” Combs naik ke atas pentas dan menasihatkan mereka untuk berdamai seperti keluarga.
Jada Pinkett Smith tampil dengan kepala bercukur kerana penyakit yang dialaminya. Dia secara terbuka berkongsi mengenai kesukaran yang perlu dihadapinya kerana penyakit alopecia, iaitu penyakit gangguan autoimun yang menyebabkan keguguran rambut.

(Photo by Neilson Barnard/Getty Images)
40 minit selepas kejadian tersebut, Will Smith sekali lagi naik ke atas pentas untuk menerima trofi Oscar pertama kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem “King Richard”. Sampil menitiskan air mata, dia yang berlakon sebagai bapa kepada legenda tenis dunia, Venus dan Serena Williams dalam filem itu menyatakan Richard Williams merupakan “a fierce defender of his family”.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: MENGAPA ANUGERAH AKADEMI DIGELAR SEBAGAI OSCAR?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?
Anugerah Akademi ke-95 memahat detik bersejarah buat Tan Sri Michelle Yeoh apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
OSCAR 2023: MENGAPA MORGAN FREEMAN HANYA MENGENAKAN SEBELAH SARUNG TANGAN?
Anugerah Akademi ke-95 yang berlangsung pada 12 Mac lalu menyaksikan penampilan segak Morgan Freeman dalam sut hitam bersama sarung tangan satin rona sedondon.
CHRIS ROCK AKHIRNYA TERBUKA HATI BERCAKAP MENGENAI INSIDEN OSCAR 2022
Selepas setahun mengunci mulut tentang insiden ditampar Will Smith, Chris Rock bakal meluahkan isi hatinya dalam sebuah rancangan komedi.
RIHANNA BAKAL MEMERIAHKAN PENTAS ANUGERAH AKADEMI 2023
Selepas persembahan hebat di Super Bowl yang mencuri perhatian dunia, Rihanna akan menghiburkan peminat di majlis Oscar pada 23 Mac ini.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.
OSCAR 2023: EVERYTHING EVERYWHERE ALL AT ONCE MENDOMINASI DENGAN 11 PENCALONAN
Ketahui siapakah barisan calon yang bertanding dan bakal membawa pulang trofi kemenangan Oscar pada tahun ini.