Skip to content

ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

Kongsikan artikel ini

Kebelakangan ini isteri Putera William, Kate Middleton jarang mengenakan cincin bertatah berlian dan nilam milik mendiang ibu mentuanya.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial untuk merakamkan ucapan tahniah buat atlet Great Britain atas prestasi hebat di Olimpik Paris 2024, Puteri Wales dilihat menggantikan cincin pertunangan ikoniknya dengan sebentuk cincin infiniti.

Namun ramai tidak menyedari Putera William langsung tidak pernah menyarung cincin perkahwinannya sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.

Beberapa hari sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka pada 29 April 2011, jurucakap istana mendedahkan sebabnya kepada majalah People.

“Hanya ada satu cincin saja pada majis perkahwinan nanti, seperti kehendak mereka. William tidak suka barang perhiasan. Dia tidak pernah memakai barang kemas. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak menyarung cincin perkahwinan. Ini adalah pilihan peribadi,” katanya.

CINCIN PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM

Foto: Getty Images

Putera William Ikut Jejak Langkah Datuk

Putera Wales bukanlah kerabat Diraja Britain pertama yang menolak untuk menggayakan cincin perkahwinan. Datuknya, Putera Philip juga memilih untuk tidak mengikut tradisi itu sewaktu berkahwin dengan Ratu Elizabeth II pada 20 November 1947.

“Walaupun sudah menjadi tradisi bagi kerabat wanita untuk memakai cincin pertunangan dan perkahwinan selepas berkahwin, ia bukanlah tradisi buat kerabat lelaki.

“Sebab itulah Putera Philip dan Putera William tidak memakai cincin. Saya rasa apabila anda mengadakan majlis perkahwinan yang ditonton jutaan orang, semua orang tahu yang anda sudah pun berkahwin,” kata pengulas Diraja Eloise Parker pada 2018.

Bagaimanapun bapanya, Raja Charles III memilih untuk mengekalkan tradisi itu. Begitu juga dengan adiknya yang menggayakan cincin perkahwinan dengan kemasan bertekstur. Bagaimanapun Putera Harry merupakan kerabat pertama yang memilih cincin diperbuat daripada platinum, bukannya emas Wales seperti kebiasaan.

Foto: Getty Images

Kerabat Diraja telah menghasilkan banyak cincin menggunakan emas Welsh sejak perkahwinan Permaisuri Elizabeth pada tahun 1923. Cincin perkahwinan Meghan Markle yang dihadiahkan oleh Ratu Elizabeth II juga diperbuat daripada emas Welsh.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

Bacaan Lanjut
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Bacaan Lanjut
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut