Nabil Ahmad berkongsi filem tempatan favourite-nya
Suara dan telatah Nabil Ahmad, 32, sudah menjadi sebahagian besar daripada hidup kita. Setiap Selasa dia mengacarakan program Meletop, pagi Sabtu dan Ahad pula mengemudi siaran Carta ERA 40 dan baru-baru ini, kembali berperan sebagai hos Gegar Vaganza musim ketiga. Akan datang pula, Nabil bakal mengacara program kanak-kanak, Ceria I-Star yang menggabungkan konsep hiburan dengan dakwah.
Namun setiap Jumaat bermula 21 Oktober, pelawak ini akan kembali ke akar komedinya, menjadi mentor kepada bakal generasi baru stand-up comedians tanahair dalam rancangan Lawak Solo, menerusi Astro Warna, bersama rakan-rakan mentor Douglas Lim dan Ebby Yus. “Saya memang suka stand-up tapi kini rezeki lebih fokus pada pengacaraan. Stand-up perlu banyak masa untuk buat material. Jadi, bila sempat kumpul material yang bagus, mungkin ada plan untuk buat show sendiri.”
Di sebalik tabir penggambaran untuk GL Alphamen 2016 (isu November 2016), pelawak, pengacara & pelakon, Nabil Ahmad meluangkan sedikit masa untuk berkongsi pilihan filem Malaysia yang paling dia gemari.
Clue-nya? Salah satu filem komedi klasik yang memang membuat kita tak kering gusi, dan dibintangi ikon-ikon komedi tanahair yang tiada tolok banding.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Nik Rifaie dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Muaz Zabir dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Zairi Aziz dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Evertts Gomes dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Gbril dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











