ANGELINA JOLIE BERUNDUR DARIPADA AGENSI PELARIAN PBB
Sepanjang dua dekad lalu, Angelina telah melawat 60 tapak lapangan termasuk di Iraq, Syria serta Afghanistan dan menyampaikan bantuan termasuk liputan media pada kawasan yang sering diabaikan. Kini dia mahu membela nasib pelarian dengan lebih meluas.
Dia mula menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai duta muhibah pada 2001 selepas melihat rakyat hidup dalam kemiskinan ketika menjalani penggambaran Tomb Raider di Kemboja. Dia bertekad mahu melakukan perubahan dan membantu menangani isu kemiskinan di negara itu.
Pada 2011 Angelina dilantik sebagai wakil khas pertubuhan itu. Menurut peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semua misi kemanusiaan yang dijalankan oleh wakil khas perlu dibiayai sepenuhnya oleh selebriti itu sendiri.
Misi kemanusiaan yang pernah dijayakan ibu kepada enam cahaya mata itu termasuk melawat kem pelarian di Turki untuk mengetengahkan nasib pelarian Syria, membantu pelarian Bosnia yang menderita akibat perang saudara, dan menderma sebanyak RM437,000 kepada mangsa banjir besar di Pakistan pada 2010.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: INSIDEN DALAM PESAWAT YANG MENCETUSKAN PERCERAIAN BRAD PITT-ANGELINA JOLIE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TERIMA STANDING OVATION LAPAN MINIT, ANGELINA JOLIE MENITISKAN AIR MATA
Biopik Maria lakonan Angelina Jolie yang dipertontonkan di Festival Filem Venice meraih sambutan luar biasa daripada penonton.
5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ada kalanya sebagai pelakon, muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH
Pasti anda tidak menyangka barisan selebriti Hollywood popular ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat.
5 AKTOR & AKTRES TERKENAL BERSUARA MERDU
Dalam industri hiburan global, ramai pelakon mampu menyanyi dengan baik apabila diberi peluang.
PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023
Bintang Ferrari, Patrick Dempsey dipilih sebagai Lelaki Paling Seksi tahun ini oleh majalah People.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.