Skip to content

ARIF IZO, PENERBIT MUSIK BARU MESTI KENALI

Kongsikan artikel ini

GLAM LELAKI MENDEKATI PENERBIT MUSIK GENERASI BAHARU, ARIF IZO. BAGI YANG KURANG MENGENALINYA, DIA JUGA ADALAH INDIVIDU YANG PENTING DALAM PEMBIKINAN LAGU HIT SEPERTI RAYA,RAYA,RAYA DENDANGAN DOLLA DAN ALAH BISA OLEH FAIZAL TAHIR & AMIRA OTHMAN DAN BANYAK LAGI. ARIF KINI SEMAKIN GIAT MEREKA KANDUNGAN DIGITAL DI MEDIA SOSIAL DAN BERAZAM UNTUK TERUS MENGELUARKAN KARYA BERKUALITI DI TAHUN MENDATANG.

Gambar: Pinography

KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA KE DALAM INDUSTRI SENI? DAN SUMBER INSPIRASI?
Saya seorang penerbit musik, penulis lirik dan seorang gitaris. Karier seni saya bermula sebagai seorang pemain gitar dalam sebuah band. Darah seni ini mengalir kuat didalam diri saya menerusi penglibatan ayah yang dikenali sebagai ‘Izo’, gitaris kumpulan XPDC. Sejak kecil saya didedahkan dengan pengetahuan musik secara tidak langsung oleh ayah dan ia terus tumbuh sehingga terpahat dalam diri. Insan yang selalu memberikan sumber inspirasi baik dari sokongan dan dorongan adalah ibu bapa saya.

 

GAYA PERIBADI ANDA? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Gaya peribadi saya lebih terarah pada gaya smart casual. Kemeja linen dan loafer serta aksesori seperti jam tangan dan rantai. Saya tidak terlalu meletakkan syarat atau batas dalam bergaya. Dan ia akan berubah dari masa ke semasa bergantung pada peralihan trend.

 

BAGAIMANAKAH ANDA SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?
Seiring dengan kebergantungan masa kini, saya menggunakan sosial media sebagai sumber pengayaan “in trend” and “updated”. Circle up diri saya dengan kenalan yang mempunyai daya fikiran yang tinggi dalam trend and fesyen turut membantu.

 

BAGAIMANA ANDA MEMANFAATKAN SETIAP JAM SETIAP HARI?
Setiap minit adalah masa emas yang tidak akan kembali. Dengan jadual padat dan disiplin yang tinggi. Saya akan sentiasa menggunakan setiap saat untuk mencari ilham menghasilkan karya-karya yang berpotensi tinggi dan berkualiti.

 

BAGAIMANA ANDA MELIHAT DAN MERAMAL MASA DEPAN INDUSTRI MUSIK TANAH AIR?
Pandangan saya industri tanah air seperti kitaran roda. Ia sentiasa berevolusi dan sebagai penerbit music, saya harus peka dengan perkembangan semasa. Kita tidak boleh syok sendiri dalam melahirkan karya kerana apa yang kita rasa bagus tidak semestinya akan diterima oleh pendengar. Dan setiap hari, akan ada karya baru yang menghiasi area musik tanah air.

 

Gambar: Akaun Instagram arif_izo

IKON STAIL PILIHAN?
Semestinya aktor Chris Hemsworth. Transformasi fesyennya berubah seiring dengan perkembangan kerjayanya. Bermula dengan gaya klasik harian, kini dia beralih pada gaya yang membias gaya hidupnya di Los Angeles. Kemeja linen, dalam tona bumi, aksesori perhiasan, dan siluet yang lebih santai, memberikan sentuhan moden dan rileks dalam penampilannya.

 

PROJEK TERKINI?
Sedang menguruskan sebuah album seorang penyanyi wanita (masih dalam peringkat pembikinan, maaf tidak dapat dinyatakan) dan juga beberapa single lagu raya 2025.

 

APA YANG ANDA INGIN CAPAI SEBELUM MENCAPAI USIA 30 TAHUN?
Terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak lagu yang hit dan berjaya dalam bidang saya ceburi.

 

ADAKAH ANDA SETUJU, MEMILIKI/DIKURNIAKAN RUPA, PERSONALITI YANG BAIK DAN BAKAT ADALAH KOMBO ‘PRIVILAGE’ UNTUK MERAIH POPULARITI?
50/50! Kerana tanpa usaha keras, bakat dan rupa, sesiapa sahaja tidak mampu merealisasikan apa jua impian.

Pautan Berkaitan: CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JENAMA MESTI MILIK DIGEROBOK LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut

10 TREND BUNGA/PANAS 2025 YANG MESTI LELAKI KUASAI

Bacaan Lanjut

LELAKI JANGAN GELOJOH, HANGATKAN SESI INTIMASIMU

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?

Bacaan Lanjut