Skip to content

ASHRAF SINCLAIR SUDAH TIADA

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan pengacara popular tempatan yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Beliau berusia 41 tahun. Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

Susulan berita menyedihkan itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dipenuhi dengan ucapan takziah daripada orang awam dan selebriti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Menerusi sumber Awani, Ashraf meninggal dunia ketika sedang tidur.

Allahyarham Ashraf Sinclair bersama isteri, Bunga Cinta Lestari.

Ashraf yang juga abang kepada model dan personaliti radio MIX FM, Aishah Jennifer dilahirkan di London pada 18 September 1979 dan mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

https://www.instagram.com/p/Bfqz7U9hF-h/

Ashraf melangsungkan perkahwinan dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. Salam takziah buat keluarga, teman erat dan peminat Ashraf Sinclair. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Foto: Instagram @ashrafsinclair

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut