Skip to content

SPIRIT MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Kongsikan artikel ini

BUMI BERTAMBAH PANAS SABAN HARI, BENCANA ALAM PULA KERAP BERSUA MEMBERI INDIKASI KRONIS LALU CUACA TAK BISA LAGI DIPREDIKSI. PERUBAHAN IKIM PERLAHAN-LAHAN MENGUBAH POLA KEHIDUPAN SEJAGAT. ALAM CIPTAANNYA MAKIN PUNAH. REFERENSI WARISAN ANAK CUCU KIAN BINASA. ADAKAH KITA RELA UNTUK DICACI GENERASI ESOK ATAS KEGAGALAN DALAM MEMULIHARA ALAM? SELAGI NYAWA INI DIKANDUNG BADAN, SEDARLAH BAHAWA AIR YANG DITEGUK, SESUAP MAKANAN HASIL BUMI SERTA OKSIGEN YANG DIHIRUP KINI RANAP.

1 of 4

Kelly Slater, Peluncur Air Profesional Dunia merangkap Pengasas Bersama label mesra alam Outerknown.

Breitling sukses sejak julung kali memperkenalkan barisan SuperOcean pada tahun 1957. Kala itu, SuperOcean cemerlang kerana ia adalah satu-satunya jam tangan yang berupaya menahan tekanan air pada kedalaman 200 meter manakala rumah arloji yang selebihnya hanya mampu bertahan tidak lebih daripada 100 meter. Maka, dedikasi ini dilanjutkan sehingga ke hari ini dengan menjulang misi komitmennya dalam memulihara serta membersihkan lautan dan persisiran pantai. Langsung, rumah arloji ini bersama berpimpin tangan menerusi perkongsiannya dengan Outerknown yakni jenama pakaian mesra alam kelola pengasas bersamanya Kelly Slater yang mana merupakan peluncur air terunggul dunia. Sama seperti Breitling, Outerknown bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yakni Ocean Conservancy bagi mempertingkatkan kesedaran masalah sisa marin.

Jam tangan Superocean Automatic 44 Outerknown bersama 6 rona tali nato material Econyl®.

Pada tahun 2018, Breitling meraikan kolaborasi ini dengan penampilan jam tangan SuperOcean Héritage Chronograph 44 Outerknown serta tahun lalu memaparkan pula Edisi Terhad SuperOcean Héritage Ocean Conservancy. Jenama ini teruja menawarkan jam tangan baru yang diilhamkan oleh komitmen yang dimiliki bersama Kelly Slater dan Outerknown untuk membantu membersihkan lautan dan pantai dunia. Kini, kesinambungannya diteruskan bersama Outerknown. Sebagai tambahan buat jam tangan SuperOcean Outerknown, Breitling memperkenalkan debut siri himpunan tali nato laksana material Econyl®. Setiap daripada 18 referensi diperbuat daripada benang sintetik Econyl®, di mana ia digarap daripada sisa nilon yang di kitar semula. Satu sumber terbesarnya adalah jaring pukat dioperasikan baik menggunakan kapal atau dari darat. Hadir dalam enam rona, tali nato Outerknown ini ditawarkan dengan empat pilihan saiz antara 18mm hingga 24mm yang sesuai untuk pemakaian setiap jam tangan citra Breitling.

1 of 4

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut