Skip to content

SPIRIT MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Kongsikan artikel ini

BUMI BERTAMBAH PANAS SABAN HARI, BENCANA ALAM PULA KERAP BERSUA MEMBERI INDIKASI KRONIS LALU CUACA TAK BISA LAGI DIPREDIKSI. PERUBAHAN IKIM PERLAHAN-LAHAN MENGUBAH POLA KEHIDUPAN SEJAGAT. ALAM CIPTAANNYA MAKIN PUNAH. REFERENSI WARISAN ANAK CUCU KIAN BINASA. ADAKAH KITA RELA UNTUK DICACI GENERASI ESOK ATAS KEGAGALAN DALAM MEMULIHARA ALAM? SELAGI NYAWA INI DIKANDUNG BADAN, SEDARLAH BAHAWA AIR YANG DITEGUK, SESUAP MAKANAN HASIL BUMI SERTA OKSIGEN YANG DIHIRUP KINI RANAP.

2 of 4

The Oceans Project laksana Oris.

Oris sedang dalam misi untuk memulihara sepelosok lautan dunia. Rumah arloji independen asal Swiss ini sudah menyokong terus memperjuangkan program pemuliharaan lautan selama bertahun-tahun. Projek laksananya yang terbaru adalah menerusi The Oceans Project, di mana bertujuan untuk memupuk kesedaran serta dana untuk agensi perintis yang bervisikan game-changing. Pernyataan terkini adalah dengan penampilan Edisi Terhad Blue Whale merangkap fragmen ketiga dan terakhir bagi Trilogy Ocean Oris, merupakan trio jam tangan menyelam Oris Aquis. Jam baru ini terhad kepada 200 utas dan hanya hadir dari sebahagian set unik di mana, bekas simpanannya diperbuat sepenuhnya daripada botol plastik PET kitar semula. Dua dari tiga trilogi ini dipamerkan di laman Baselworld yang lalu. Arloji the Great Barrier Reef Edisi Terhad III dan Clean Ocean Edisi Terhad adalah hasil kolaborasi bersama Badan Pemuliharaan Terumbu dan Organisasi Pacific Garbage Screening.

Set Trilogy Ocean Oris terhad kepada 200 utas. Hadir dengan bekas diperbuat sepenuhnya daripada botol plastik PET kitar semul.

Sementara kedua jam tangan itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan terumbu karang dan membersihkan perairan dunia, Edisi Terhad Blue Whale melindungi garis kehidupan si raksasa terbesar di dunia ini. Biarpun sudah berdekad berkempen lalu melembarkan usaha jitu untuk melindunginya, enam daripada 13 spesies ikan paus besar diklasifikasikan terancam. Lebih 1,000 ikan paus dibunuh setiap tahun bagi kepentingan komersil, sekalipun punya moratorium perdagangan ikan paus komersial serta larangan perdagangan produk ikan paus antarabangsa. Dianggarkan tidak lebih dari 10,000 ikan paus biru merentasi lautan dalam dunia pada hari ini. Oris dengan berbesar hati mendukung usaha menerusi Edisi Terhad Blue Whale yang berjabat usaha sama bersama Konservasi Paus dan Lumba-lumba (WDC) di mana ia merupakan rumah amal terkemuka dan khusus untuk perlindungan ikan paus serta ikan lumba-lumba.

2 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut