Skip to content

SPIRIT MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Kongsikan artikel ini

BUMI BERTAMBAH PANAS SABAN HARI, BENCANA ALAM PULA KERAP BERSUA MEMBERI INDIKASI KRONIS LALU CUACA TAK BISA LAGI DIPREDIKSI. PERUBAHAN IKIM PERLAHAN-LAHAN MENGUBAH POLA KEHIDUPAN SEJAGAT. ALAM CIPTAANNYA MAKIN PUNAH. REFERENSI WARISAN ANAK CUCU KIAN BINASA. ADAKAH KITA RELA UNTUK DICACI GENERASI ESOK ATAS KEGAGALAN DALAM MEMULIHARA ALAM? SELAGI NYAWA INI DIKANDUNG BADAN, SEDARLAH BAHAWA AIR YANG DITEGUK, SESUAP MAKANAN HASIL BUMI SERTA OKSIGEN YANG DIHIRUP KINI RANAP.

3 of 4

Tapak Warisan Marin Dunia Terumbu Tubbataha, Filipina.

Bagi meningkatkan kesedaran awam sedunia mengenai pertahanan dan perlindungan tapak marin lalu menyokong kelestarian alam sekitar, Jaeger-LeCoultre berganding bahu bersama UNESCO World Heritage Centre sejak tahun 2008 lagi. Menerusi Program Marin Warisan Dunia, rumah arloji mewah ini menyumbang kepada pemuliharaan buat 50 tapak marin yang diiktiraf global. Jaeger-LeCoultre juga membekalkan sokongan kewangan segera untuk UNESCO untuk menjalankan aktiviti pemeliharaan serta pemuliharaan permata lautan dunia ini. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Jaeger-LeCoultre menghulurkan sumbangan kepada tapak marin Fernando de Noronha yang menawan di Brazil, ke terumbu Tubbataha di Filipina serta Santuari hidupan liar fauna dan flora Malpelo, Colombia.

Arloji Geophysic 1958 citra Jaeger-LeCoultre.

Sumbangan ini membolehkan pelaksanaan pemantauan tetap bertujuan untuk menilai pemuliharaan khazanah laut yang luar biasa ini dari masa ke semasa. Juga memperkasakan usaha dalam memerangi penangkapan ikan yang diharamkan. Semangat serta tanggungjawab di dalam memelihara perairan dunia ini lahir tatkala Jaeger-LeCoultre memperkenalkan arloji Memovox Deep Sea pada tahun 1959. Laksana ketukangannya menyaksikan jam tangan menyelam pertama yang dilengkapi dengan sistem penggera. Penekanan mendalam rumah arloji ini terhadap lautan memperlihatkan kerapuhan ekosistem laut yang makin punah saban tahun. Kerana kesulitan ini memacu usaha Jaeger-LeCoultre dalam mengejar komitmennya untuk memelihara warisan alam semula jadi ini supaya dapat dinikmati generasi serta anak-cucu masa depan.

3 of 4

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut