AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menerus melakar kejayaan luar biasa di persada antarabangsa.
Pada Sukan Olimpik kali ini, Azizulhasni memahat rekod kebangsaan baru dalam acara pecut individu yang berlangsung pada pada 7 Ogos 2024.
Menurut laporan Harian Metro, dia mencatat masa 9.402 saat pada pusingan kelayakan di Velodrome Saint-Quentin-en-Yvelines, Paris. Sekali gus mengakhiri saingan kelayakan pecut individu lelaki di tempat ke-10 yang melibatkan 30 pelumba.
Dengan pencapaian ini, Azizul mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523 saat pada saingan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lalu.
Dalam perkembangan terkini, pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman ini berjaya memasuki pusingan 1/16. Dia menumpaskan pelumba Jerman Luca Spiegel dengan kepantasan 9.885 saat menerusi prestasi cemerlang.
Pencapaian Datuk Azizulhasni Awang Di Sukan Olimpik
Azizul mengharumkan nama negara pada temasya Olimpik Tokyo 2020 dengan membawa pulang pingat perak acara keirin. Kejayaan ini memahat namanya dalam Malaysia Book Of Records buat kali ketiga.
Pelumba berusia 36 tahun ini dianugerahkan catatan sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik.
Walau meraih kejayaan membanggakan, dia mengakui agak terkilan kerana impiannya untuk menggenggam pingat emas tidak kesampian.
“Semasa kayuh tadi saya teringat anak di Melbourne, isteri, emak, dan ayah saya. Dari usia 15 tahun saya tinggalkan kampung, emak saya tinggal seorang diri. Sewaktu terbang ke Tokyo saya dapat tahu ayah dimasukkan ke hospital kerana diserang strok. Adik-beradik mahu saya fokus pada Olimpik.
“Saya tiada pilihan, saya fikirkan tanggungjawab saya pada negara. Saya berharap mereka tidak kecewa dengan keputusan ini. Saya sudah buat yang terbaik untuk mereka, rakyat Malaysia dan sukan negara kita,” katanya pada sesi wawancara.
Ini bukanlah kali pertama namanya direkodkan dalam Malaysia Book Of Records. Sebelum ini namanya pernah dipahat sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di Rio 2016, juga yang pertama memenangi emas dalam acara berbasikal trek Kejohanan Dunia 2017.
Foto: AFP
Pautan berkaitan: DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” – DATUK AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA
Olimpik Paris 2024 menyaksikan semangat jitu Datuk Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas pertama Malaysia. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta legasi tersendiri apabila meraih pingat ke-12 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU
Setelah membawa pulang pingat perak pada temasya Olimpik Tokyo 2020 lalu, Azizulhasni bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada rakyat Malaysia pula.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Sejak melibatkan diri dalam sukan berbasikal sedekad lalu, Datuk Azizulhasni Awang tidak henti-henti mencatat sejarah dan mencipta rekod peribadi.
DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG
Satu pencapaian luar biasa untuk Malaysia, namun dia terkilan kerana impian untuk menggenggam pingat emas di Olimpik Tokyo tidak kesampaian.
AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK
Azizulhasni dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati yang membawa gelaran Datuk semalam.