AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Ezzaty menerusi satu hantaran di Instagram. Bersama fotonya di atas katil hospital, aktres itu juga berkongsi butiran lanjut mengenai cahaya matanya.
Ezzaty turut meluahkan kesyukuran kerana anak ketiganya itu dilahirkan pada bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Foto: Instagram
“Alhamdulillah syukur kepada Allah. Dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 11.29 pagi, bayi lelaki kami selamat dilahirkan.
“Bayi dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Aktres Rahimah Tanpa Rahim itu juga berkongsi beberapa lagi foto keluarga mereka di Instagram Story.
Azwan Kombos Luah Penghargaan Buat Isteri
Kelahiran cahaya mata baru tentunya mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri, Begitu jugalah yang dilalui Azwan dan Ezzaty ketika ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Azwan dilihat menghadiahkan sejambak bunga sebagai penghargaan buat isteri tercinta. Tidak ketinggalan mesej romantis yang membuai jiwa.
“Terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan anak saya yang baru. I love you so much,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Foto: Instagram
Pasangan pelakon ini disatukan sebagai suami isteri pada 16 Julai 2016 di kampung halamanEzzaty di Bentong, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dalia, 7 dan Ahmet yang kini berusia tiga tahun.
Foto: Berita Harian
Pautan berkaitan: RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.