Skip to content

BARISAN TETAMU YANG BAKAL HADIR, TIDAK BERPELUANG KE ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES

BARISAN TETAMU YANG BAKAL HADIR, TIDAK BERPELUANG KE ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES

Kongsikan artikel ini

Hanya tinggal lebih sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya upacara pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.

Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di kota London itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei, diikuti dengan konsert gemilang di Istana Winsdor pada keesokan hari. Walaupun ramai artis menolak jemputan untuk membuat persembahan pada hari pertabalan Raja Charles, masih ada barisan selebriti kelas-A yang dijangka hari ke istiadat bersejarah itu.

Foto: Getty Images

Ini senarai tetamu yang disahkan akan hadir, serta mereka yang masih belum mengesahkan kehadiran atau tidak akan muncul sama sekali.

2 of 3

Tetamu Yang Dijangka Hadir

David Beckham & Victoria Beckham

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa David Beckham dan isteri, Victoria Beckham akan menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles. Pasangan itu diketahui amat rapat dengan kerabat Diraja Britain malah hadir ke majlis perkahwinan pasangan Sussex pada 2018. David Beckham juga berbaris berjam-jam lamanya untuk memberi ucapan selamat tinggal buat kali terakhir kepada Ratu Elizabeth II selepas kemangkatannya pada September 2022.

istiadat pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

 

Zara Tindall & Mike Tindall

Anak buah Raja Charles, Zara Tindall dan suaminya Mike Tindall turut dijangka akan hadir. Zara, anak perempuan Puteri Anne, masih belum mengesahkan sama ada dia dan keluarganya ada menerima jemputan. Bagaimanapun pasangan suami isteri itu sering hadir ke acara Diraja.

Foto: Getty Images

 

Bear Grylls

Kemungkinan besar Bear Grylls juga akan hadir ke istiadat pertabalan Raja Charles. Pengacara televisyen dan pengembara alam itu menghadiri upacara pemakaman Ratu Elizabeth II sebagai ketua pengakap. Ini jelas menunjukkan bahawa dia merupakan tokoh penting buat keluarga Diraja Britain.

Bear Grylls

Foto: Beargryllssurvivalacademy

 

Sandra Oh

Sandra Oh dikhabarkan berada dalam senarai tetamu Diraja. Aktres Killing Eve yang merupakan penerima penghormatan awam kedua tertinggi Kanada, Order of Canada turut menghadiri upacara pemakaman mendiang Ratu. Kemungkinan besar dia akan dijemput untuk mewakili Kanada, menurut The Independent.

Foto: Getty Images

2 of 3

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA

DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

Bacaan Lanjut
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Bacaan Lanjut
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut