Skip to content

BEYONCE UMUM PELANCARAN ALBUM BAHARU DI SUPER BOWL 2024

BEYONCE UMUM PELANCARAN ALBUM BAHARU DI SUPER BOWL 2024

Kongsikan artikel ini

Hampir dua tahun melancarkan Renaissance, Beyonce secara rasminya muncul dengan muzik era baru.

Kejutan itu diumumkan tidak lama selepas siaran iklan Verizon di Super Bowl yang dibintangi Beyonce. Pada penghujung klip, dia berkata, “They ready, drop the new music.”

Pengumuman ringkas itu nyata mengejutkan peminat. Tidak lama kemudian, tertera di laman sesawang Beyonce yang telah dikemas kini bahawa Renaissance Act II akan tiba pada 29 Mac 2024.

Ketika album Renaissance dilancarkan pada 2022, ia mencetus tanda tanya apabila diumumkan sebagai Act I di laman web rasmi. Tiada butiran lanjut didedahkan pada masa itu.

Beyonce

Inspirasi Album Baru Beyonce

Penyanyi berusia 43 tahun ini turut berkongsi tema album terbarunya yang berilhamkan country di media sosial. Video yang dimuat naik menunjukkan Beyonce memandu teksi melepasi papan tanda yang tertulis ‘Radio Texas: 100000 Watts of Healing Power’ dan sebuah papan iklan dengan slogan ‘Texas Hold ‘Em’ – tajuk lagu barunya.

Dalam perkongsian terkini, dia mengumumkan sebuah lagi lagu berjudul 16 Carriages. “Texas Hold ‘Em and 16 Carriages out now,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

beyonce

“Fifteen innocents was gone astray / Had to leave my home at an early age / I saw mama praying, I saw daddy grind / All my tender problems, had to leave behind,” antara lirik lagu 16 Carriages. Kedua-dua lagu terbaru ini mengimbas kembali Daddy Lessons, lagu keenam dalam album Lemonade yang dilancarkan pada 2016.

Peminat seakan sudah boleh meneka tema lagu terbaru Beyonce apabila dia muncul menyarung topi koboi ke Anugerah Grammy 2024. Visual konsert Renaissance juga menampilkan ikonografi Barat dan budaya Selatan, terutama kuda, yang mewakili hubungan Beyonce dengan kampung halamannya, Texas.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: JUSTIN TIMBERLAKE HADIAHKAN ALBUM BARU BUAT PEMINAT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

Bacaan Lanjut
10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

Bacaan Lanjut
GRAMMY 2023: MENGAPA NETIZEN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEMENANGAN HARRY STYLES?

GRAMMY 2023: MENGAPA NETIZEN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEMENANGAN HARRY STYLES?

Bacaan Lanjut
JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

ANUGERAH GRAMMY 2023: BEYONCE KINI SEBARIS JAY-Z

Bacaan Lanjut