BLAKE SHELTON LELAKI PALING SEKSI DI DUNIA
Setiap tahun, majalah People tidak ketinggalan menobatkan seorang lelaki dengan gelaran Sexiest Man Alive, dan kali ini gelaran tersebut diberikan kepada Blake Shelton, yang merupakan juri pertandingan realiti nyanyian The Voice, menerima gelaran sama yang pernah diberikan kepada Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Brad Pitt, George Clooney, Johnny Depp, Harrison Ford, Ryan Reynolds dan David Beckham. Siapa sangka, penyanyi country itu sudah berusia 41 tahun dan masih dianggap seksi di mata-mata wanita, dan juga lelaki!
“Saya tidak pernah menganggap diri saya kacak. Tetapi, jika, saya boleh menjadi seorang yang seksi selama setahun, saya sedia menerimanya,” kata Shelton dalam satu kenyataan, semalam. Shelton yang pernah berkahwin dengan penyanyi country wanita, Miranda Lambert, kini menjalin hubungan dengan bintang pop, Gwen Stefani.
Penyanyi ‘country’ kelahiran Oklahoma itu mula terkenal selepas dilantik sebagai juri dan mentor dalam pertandingan realiti ‘The Voice’ terbitan stesen televisyen NBC pada 2011, malah telah beberapa kali memenangi pelbagai anugerah seperti Billboard, American Music Award dan lain-lain. Album terbaharunya yang bertajuk Texoma Shore dilancarkan awal bulan ini. Tahniah Blake!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.