Skip to content

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

Kongsikan artikel ini

Spekulasi percintaan bintang Thailand, Bright Vachirawit dan Nene hangat diperkatakan terutama selepas tularnya foto percutian mereka di Jepun baru-baru ini.

Menerusi beberapa foto yang dirakam peminat, pasangan itu dilihat bersiar-siar di Tokyo sambil berpimpin tangan. Sekeping lagi foto jelas menunjukkan wajah mereka ketika sedang membuat pesanan makanan di sebuah restoran.

Tanpa menunggu lama, aktor berusia 27 tahun memuat naik satu pengakuan panjang lebar mengenai perkara itu di akaun X miliknya. Dia turut memohon maaf kerana membuatkan peminat terkejut.

Bright Vachirawit nene

Foto: Thanh Nien

“Saya tahu  baru-baru ini timbulnya gosip yang membuatkan anda tertanya-tanya. Jadi saya ingin menjelaskan beberapa perkara, terutama buat peminat yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Ya, kami sememangnya sedang bercinta.

“Peminat yang telah lama mengikuti saya tahu yang saya sentiasa berusaha untuk menghormati dan bersikap jujur pada diri sendiri. Fokus saya adalah untuk menyebarkan kasih sayang dan positiviti melalui kerja dan dedikasi saya,” ujarnya.

Nene Wanita Idaman Bright Vachirawit

Dalam perkongsian sama, pelakon dan penyanyi itu berkata Nene atau nama sebenarnya Pornnappan Pornpenpipat adalah salah seorang insan paling berharga yang pernah ditemuinya.

“Dia buat saya berasa selesa dan selamat setiap kali kami bersama. Saya berharap anda semua akan menyokong perhubungan kami,” tambahnya.

Nene yang juga dikenali dengan nama Zheng Naixin turut mengesahkan berita itu di Instagram dan memohon maaf kerana tidak berkongsi lebih awal bersama peminat.

“Jadi, berkenaan berita yang tular baru-baru ini — ya, kami sedang menjalin cinta. Maaf kerana tidak dapat memaklumkan lebih awal. Anda pasti tahu, saya tidak suka mencampur aduk kehidupan peribadi dan kerjaya nyanyian kerana fokus saya adalah untuk menyebar cinta dan positiviti melalui muzik dan persembahan buat anda semua,” tulisnya.

Nene Pornnappan Bright Vachirawit

Foto: Popbela

Nene turut meluahkan keterujaan kerana dipertemukan dengan insan yang kelakar, menerima dirinya seadanya dan sentiasa memberi sokongan apabila diperlukan.

“Bright seorang yang mesra. Kami menyokong satu sama lain pada saat sukar dan meraikan bersama pada saat gembira. Apabila bersama, saya dapati saya sering ketawa, tersenyum lebar dan tidak takut mengambil risiko. Kerana saya tahu ada seseorang yang akan menerima, menyokong dan menyambut jika saya jatuh,” luahnya.

Pasangan itu bekerjasama buat kali pertama dalam siri hit 2gether di mana Bright menggalas watak Sarawat bersama Win Metawin. Nene pula memegang watak sampingan sebagai Air.

 

Foto: Burberry/Facebook

Pautan berkaitan: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki Thailand Bright

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
PP Krit

10 GAYA FESYEN PP KRIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut
bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Bacaan Lanjut