Skip to content

cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Bintang sensasi K-Pop juga duta Skechers, Cha Eun-woo terbang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan stor ke-99 di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX.

Jenama kasut dan gaya hidup global, Skechers melancarkan stor terbaharu yang juga merupakan stor brand experiencepertama mereka di Malaysia. Dalam meraikan detik kegemilangan ini, bintang Korea Selatan, Cha Eun-woo terbang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan stor ke-99 di Malaysia ini yang terletak di The Exchange TRX.

cha eun-woo Skechers

Bintang sensasi K-Pop juga duta Skechers, Cha Eun-woo antara selebriti Korea Selatan yang paling popular di seluruh dunia. Dia tiba ke Kuala Lumpur secara eksklusif untuk melancarkan dan menyaksikan sendiri stor terbaharu ini. Selepas acara memeotong reben, dia sempat membuat tour dan mengeksplorasi di seluruh bahagian stor. Lebih menarik, stor ini turut mempunyai bahagian Skechers DIY serta zon larian penuh revolusi untuk pengunjung.

Kehadiran Eksklusif Duta Skechers ke Kuala Lumpur

Skechers Malaysia

“Selain menjadi sebuah jenama, Skechers adalah satu gaya hidup buat saya dalam menggabungkan keselesaan dan gay. Keselesaan sangat penting pada saya dan secara peribadi, saya lebih gemarkan gaya yang kemas dan selesa. Oleh itu, saya selalu memilih Skechers untuk penggayaan diri,” kata Cha Eun-woo yang hadir menggayakan koleksi terbaharu bersama kasut sneaker Skechers Tres-Air UNO.

cha eun-woo trx

“Bukan itu sahaja, kasut Skechers boleh dipadankan dengan semua jenis gaya, kerana mempunyai desain yang cantik dan sentiasa kena untuk semua stail. Ia memberikan saya keyakinan untuk melangkah setiap hari dengan bergaya,” tambahnya lagi.

Selepas pelancaran stor tersebut, Cha Eun-woo menghangatkan lagi acara dengan sesi bertemu peminat di Central Exchange pada petang itu. Ribuan peminat telah menanti-nanti kemunculan bintang Korea itu sejak awal pagi lagi. Kehadirannya disambut dengan jeritan dan sorakan yang gemuruh. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan oleh The Kuans yang terdiri daripada Christinna, Jestinna dan Perry Kuan, serta dance crew Zeppo Youngsterz.

cha eun-woo

Stor Skechers terbaru di The Exchange TRX menjadi bukti dedikasi jenama untuk memberikan pengalaman beli-belah yang tiada tandingan. Pengunjung boleh mencuba seleksi produk gaya hidup, dan meraikan komitmen mereka kepada keselesaan sebagai sebahagian daripada keluarga Skechers.

 

Baca lebih lanjut: “MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut
trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut
che eun-woo

KOLEKSI SKECHERS DAN SPYXFAMILY PILIHAN CHA EUN-WOO

Bacaan Lanjut
Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut