ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAIRANI RAMLI Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: CAT YONG Dandanan: KEITH Gambar: CHEE WEI, Teks/Temubual: YUSAIRI FITRI
ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”

Blazer, baju T New York & seluar chino baggy, COACH, bag, BEG BAHU CHAIN TABBY, sniker, COACH
Dalam industri yang sentiasa berubah, Alvn adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman dan wajah yang dikenali dalam dunia fesyen, dia telah mengharungi pelbagai cabaran untuk menempatkan dirinya dalam kedua-dua bidang ini. Dari permulaan kerjayanya dalam industri hiburan Cina hingga kejayaannya dalam pasaran lokal yang rata-rata didominasi oleh kaum Melayu, perjalanan Alvin adalah kisah adaptasi, kelebihan dan strategi untuk kekal relevan.
Kerjaya lakonan Alvn bermula pada tahun 2009, sebuah ruang yang membentuk asasnya sebagai seorang pelakon. Namun, dia sedar bahawa untuk berkembang, perlu melangkaui zon selesa. Keputusannya untuk memasuki pasaran hiburan Melayu bukan sesuatu yang mudah ia menuntut pemahaman mendalam tentang budaya, cita rasa penonton, dan gaya penceritaan yang berbeza. Kini, Alvn bukan lagi sekadar ‘pendatang baru’ namanya yang dihormati kerana bakat hebatnya.
DIFAHAMKAN, ANDA BERMULA SEBAGAI SEORANG PENYANYI NAMUN REZEKI LEBIH MEMIHAK PADA LAKONAN DAN PENDAPAT ANDA, APAKAH IA TRANSISI YANG BAIK?
Ketika mula-mula memasuki pasaran Melayu, saya tertanya-tanya, adakah saya akan diterima? Bolehkah saya menyesuaikan diri dengan cara cerita disampaikan di sini? Saya tahu saya perlu buktikan kemampuan dan saya bersedia untuk berusaha. Industri sentiasa berubah, dan saya mengalu-alukan persaingan kerana ia menuntut semua orang untuk menjadi lebih baik.

Blazer kulit, kemeja pijama & seluar pijama, COACH, beg, BEG BAHU CHAIN TABBY & sniker, COACH

Kemeja denim, baju T & anting-anting, COACH, beg, beg bahu Tabby Chain
PERKEMBANGAN KERJAYA SEKARANG PULA BAGAIMANA? ADAKAH KINI ANDA LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMILIH NASKHAH?
Sepanjang kerjaya, saya sering diberikan watak sebagai kekasih ideal atau suami penyayang. Namun, kali ini saya ingin mencabar dirinya dengan peranan yang lebih mencabar dan berlapis. Umum tahu, saya banyak membawa watak romantik, tetapi saya tidak mahu terperangkap dalam imej itu. Saya mahu mencuba watak yang lebih gelap atau karakter yang mempunyai dimensi yang lebih mendalam. Namun, apabila memilih projek, saya lebih mementingkan keseluruhan kualiti produksi daripada memilih sendiri pelakon yang akan bergandingan bersama-sama. Sebagai pelakon, tugas saya adalah untuk menghidupkan watak, bukan memilih dengan siapa saya akan berlakon. Saya percaya kepada keputusan pasukan produksi dan menyesuaikan diri dengan apa sahaja cabaran yang diberikan. Pendekatan ini membolehkan saya mengekalkan hubungan baik dalam industri sambil meneroka pelbagai jenis watak yang berbeza.
KERJAYA MUZIK PULA BAGAIMANA, ADA PERANCANGAN MELANCARKAN LAGU UNTUK 2025?
Buat masa sekarang saya kekal bernaung di bawah Universal Muzik Southeast Asia dan telah mengeluarkan album terbaru berjudul Between The Lines.
BOLEH KONGSI PENGALAMAN DALAM DUNIA FESYEN?
Dunia muzik, lakonan dan fesyen saling berkaitan. Fesyen bukan sekadar menghadiri acara ia tentang membina hubungan. Jika saya benar-benar menyukai jenama itu dan mereka melihat nilai dalam saya, barulah kolaborasi itu bermakna seperti Coach dan Longines. Saya tidak menghadiri acara hanya untuk ‘tunjuk muka’. Jika saya tidak ada hubungan yang baik dengan sesuatu jenama, tiada gunanya berpura-pura. Kejujuran itu penting. Saya lebih suka bekerja dengan jenama yang menghargai saya sebagai individu, bukan sekadar sebagai wajah ‘jambu’ di barisan hadapan.

top kait berlogo & seluar denim, COACH
BAGAIMANA ALVIN KEKAL RELEVAN DENGAN LAMBAKAN WAJAH BARU DALAM INDUSTRI SENI?
Saya telah membina hubungan yang kukuh dengan beberapa jenama mewah, malah dijemput menghadiri acara eksklusif dan lawatan ke ibu pejabat jenama terkenal, saya MEMILIH untuk lebih selektif. Walaupun industri fesyen sentiasa berkembang dengan kemunculan wajah baru, saya kekal yakin dengan pendekatan yang transparent mengenai jenama yang saya bekerjasama. Selain itu, saya juga mengagumi generasi muda yang mahir menggunakan media digital untuk mengekalkan kehadiran mereka. Saya melihat bakat baru yang sangat pandai memasarkan diri. Mereka yakin, tahu selok-belok PR, dan sentiasa berada dalam perhatian. Saya banyak belajar daripada mereka, tetapi pada masa yang sama, saya mahu kekal pesona autentik, kerana itu adalah kunci ketahanan dan kekal relevan.
BAGAIMANA ALVIN MENGIMBANGI KERJAYA LAKONAN DAN TUNTUTAN LAIN SETIAP HARI?
Mengimbangi kerjaya lakonan dan komitmen dalam dunia fesyen bukan perkara mudah. Jadual Alvin sentiasa padat satu hari di set penggambaran selama berjam-jam, hari berikutnya di acara fesyen global. Saya semakin selektif dengan di mana saya meletakkan tenaga. Jika sesuatu acara atau projek tidak sejajar dengan matlamat saya, saya akan menolak. Masa sangat berharga, dan saya belajar bahawa berkata ‘tidak’ sama pentingnya dengan berkata ‘ya’. Kolaborasi bukan lagi sekadar soal pendedahan, tetapi lebih kepada hubungan jangka panjang. Saya bekerja dengan jenama yang menghargai saya, bukan sekadar menggunakan saya untuk satu acara sahaja. Jika saya tidak rasa ada keserasian, saya tidak akan paksa diri untuk terlibat. Hubungan dan reputasi lebih penting daripada populariti jangka pendek,” tambahnya.

Anting-anting, COACH
TIPS KEKAL RELEVAN DAN BERTAHAN DALAM INDUSTRI?
Seiring dengan perjalanannya dalam dunia hiburan dan fesyen, saya kekal dengan prinsip utama pertumbuhan, penyesuaian dan kejujuran kepada dirinya sendiri. Saya sudah cukup lama dalam industri ini untuk tahu bahawa segalanya boleh berubah. Apa yang berkesan lima tahun lalu mungkin tidak relevan lagi sekarang. Tetapi selagi saya terus berkembang, mencabar diri, dan kekal autentik, saya tahu saya akan sentiasa ada tempat di sini.
JADI, ALVN BAGAIMANA TAHUN 2025 DAN SETERUSNYA?
Salah satu keutamaan saya adalah mengekalkan kecergasan fizikal. Saya ingin mencuba lebih banyak watak aksi, dan itu memerlukan tahap disiplin yang berbeza. Saya sentiasa menjaga penampilan, tetapi kini saya mahu memastikan saya benar-benar bersedia secara fizikal untuk peranan yang lebih mencabar. Bukan itu sahaja, namun jika diberikan peluang untuk berkembang ke Rantau Asia Tenggara, saya ingin mencuba, tetapi dengan syarat ia adalah projek yang ‘confirm’.
Saya juga menerima tawaran dari Indonesia, dan saya tahu jika mahu benar-benar kukuh di sana, saya perlu meluangkan masa untuk membina nama di pasaran sana, Tetapi pada tahap kerjaya sekarang, saya tidak boleh pergi ke sana tanpa perancangan yang jelas dan hanya menunggu sesuatu berlaku. Ia perlukan komitmen yang kukuh sebelum membuat keputusan besar ini. Saya bukan lagi di awal usia 20-an di mana saya boleh mengambil risiko tanpa perancangan. Setiap langkah yang diambil kini mesti dikira dengan teliti. Peluang sentiasa ada dan jika ia selari dengan matlamat, saya bersedia untuk mempertaruhkannya.
Artikel berkaitan: FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. "Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang."
LAPAN SELEBRITI BERBANGSA CINA YANG BERGIAT AKTIF DALAM DRAMA MELAYU
GLAM Lelaki senaraikan lapan selebriti berbangsa Cina yang berjaya mencipta nama dan pelbagai kejayaan di bidang hiburan tempatan.
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025.
SELEBRITI LELAKI DI NEW YORK FASHION WEEK 2024
Minggu yang dinantikan oleh peminat fesyen telah kembali, New York Fashion Week 2024 menampilkan barisan jenama hebat. Musim minggu fesyen sudah bermula dan sekarang ia sedang melanda kota sibuk New York. Dengan lebih dari 20 jenama, minggu ini dipenuhi dengan acara-acara fesyen disekitar New York. Tetamu dan selebriti yang hadir menjadi salah satu bualan terhangat…
COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA
Coach Malaysia melancarkan destinasi beli-belah terbaharu, Coach Play Ipoh yang turut menyaksikan pembukaan Coach Coffee Shop yang pertama di Malaysia.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.