GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!
MEMEGANG IMPIAN DALAM MEMECAHKAN STIGMA YANG BERSELUBUNG KELOMPOK BAPA MASA KINI; DR SAY ATAU SHAZRIL SHAHARUDDIN, 34, TAMPIL MENGHADIRKAN PERUBAHAN DALAM BERGELAR BAPA ALAF BAHARU. SALING MENGIMBANGI LALU MERINGANKAN TUGAS DALAM MELINDUNG, MENDIDIK LANTAS MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YANG SEJAHTERA BERSAMA PASANGAN. SEKALI GUS, TIDAK SEKALI MEMANDANG ENTENG DALAM MEMPERKASAKAN IMEJ DIRI AGAR IA MEMBIASKAN KREADIBILITI DIRI YANG KOMPETEN LAGI KARISMATIK.
Pengarang Rencana & Arloji: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital, Penata Gaya & Arahan Kreatif : MUZAMMIN MUZLAN Gambar : CHEE WEI Grooming : KF BONG Rambut : CKAY LIOW

Kemeja dan coker PRADA.
Perkhabaran terkini Dr Say?
Saat ini, selain menjaga dan melayani anak-anak dirumah; saya turut membantu meringankan tugas isteri, Dr Azura Abas yang baru membuka kliniknya kepada umum pada bulan Mei lalu. Semestinya ada sahaja rincian yang perlu diperbaiki dalam merencanakan atau menjalankan perencanaan sebuah klinik perubatan. Dari setiap sisi agar ia tampil lebih sempurna.
Yang menarik tentang Dr Say yang tidak diketahui umum?
Saya suka meneliti seseorang. Saya boleh memberitahu sisi karakter seseorang itu hanya dari melihatkan himpunan foto mereka, sebelum dia membuka bicaranya. Bukan menghakimi lebih kepada menilai. Haha.
Hobi kala ini?
Semestinya bersenam, dan melayani karenah anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama.
Essence of Man; the real guide to masculinity today?
Lelaki, khususnya dalam menjadi seorang bapa, di bahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Tidak hanya dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul dalam memelihara darjat pasangannya, kaum bapa juga bertanggung untuk menjaga kestabilan, menyediakan nafkah, menjadi pelindung juga bersama membimbing dalam melunaskan hal rumahtangga bersama. Intipati inilah yang membentuk lelaki masa kini.
Sebarang stigma, prasangka dan diskriminasi terhadap lelaki yang ingin diubah setelah menjadi bapa…
Sebelum ini, suami hanya dilihat sebagai seorang yang berupaya untuk melindungi dan memberi nafkah atau mencari harta. Jadinya, kurang memikul perencanaan harian seperti mengasuh mendidik anak-anak serta melangsaikan tugas pengurusan kerja rumah. Lelaki dalam zaman ini tidak seperti dahulu, bukan hanya mencari nafkah malah memikul kewajipan yang sama di dalam membentuk keluarga dan rumah tangga yang lebih sejahtera. Sebagai seorang suami dan bapa saya ingin mengikis stigma ini kerana saya juga tidak terlepas untuk menukar lampin, membersih serta mengemas rumah.
Apakah lagu tema kehidupan kala ini?
Do Or Die, nyanyian Thirty Seconds To Mars.
Bagaimana Dr Say ingin diingati?
Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab, suami yang penyayang dan doktor yang senantiasa merendah diri serta senang untuk didekati.
Jika Dr Say bangun esok hari dan terperangkap dalam tubuh individu lain, siapakah yang bakal dipilih?
Sudah pasti Henry Cavill, dan saya akan melihat refleksi diri dari balikcermin selama berjam-jam. Saya akan menjadi seperti, dammm.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.











