GL MEI 2022: IDRIS KHAN & EYKA FARHANA; WE GO HIGH!
DIBINTANGI OLEH IDRIS KHAN & EYKA FARHANA, SIRI KASUT NIPPON MADE GARAPAN ONITSUKA TIGER YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN BERSERTA SENI KETUKANGAN SEPATU JEPUN INI TIADA TANDINGAN. DIBENTANGKAN BERSAMA CERAIAN HIMPUNAN TERBARU BUAT MUSIM BUNGA/PANAS 2022 YANG BERNUANSAKAN GAYA ATHLEISURE LAGI KONTEMPORARI.
Pengarah Kreatif: AIZAT AIDID Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen : JOHAN KASSIM Arahan Seni : AMIRUL ARIFIN, Gambar : EDMUND LEE Grooming : SHIYO JO Rambut : CKAY LIOW
EYKA FARHANA, 27, Model, Pelakon, Pengacara dan Penyanyi
Bagaimana Eyka menginterpretasikan gaya peribadi?
Terdorong untuk memakai apa jua yang bernadakan feminin dan tidak meletakkan batasan rona serta gaya untuk menginterpretasikan gaya sendiri.
Siapakah ikon fesyen yang dipuja?
Saya memuja Zendaya kerana dia tampil manis dalam apa jua persalinan. Baik di karpet merah mahupun keluar berlibur, paling utamanya dia seperti kameleon. Gaya rambutnya juga sering berubah dari masa ke semasa mengimbangi persalinannya di setiap acara.
Tiga item fesyen esensial Eyka?
Dress tidak kira labuh atau pendek, tas tangan gaya crossbody dan kasut bertumit tinggi.
Pembelian terbaik saat ini?
Kesemua tas tangan yang sudah terkumpul sehingga hari ini. Hard to choose one!
Apakah fashion wildest dream Eyka?
Menghadiri minggu adibusana di Paris, lalu tampil menyarungkan ceraian yang indah dikonstruksi sepenuhnya buatan tangan para artisan nan arif.
Sekiranya diberi peluang untuk berkolaborasi, pereka atau jenama manakah bakal menjadi pilihan?
Mungkin saya memilih apa jua jenama yang berlindung di bawah kumpulan LVMH kerana setiap jenamanya cukup ikonik.
Bagaimanakah Eyka mengolahkan gerobok pakaian?
Bagi seorang individu yang bertubuh kecil, Eyka terdorong untuk memilihkan sesuatu yang tidak terlalu messy hanya untuk mengimbangi penampilan agar tampak seimbang. Celana atau skirt berpotongan pinggang tinggi antara ceraian pilihan.
Bagaimanakah Eyka mendeskripsikan siri kasut Nippon Made garapan Onitsuka Tiger?
Diperbuat dari air tangan artisannya, siri Nippon Made mempamerkan kehebatan ketukangan kasut Jepun kepada dunia.
Bagaimanakah pula Eyka mengayakan siri kasut Nippon Made?
Eyka bakal mengayakannya bersama summer dress berpotongan polos, perfect!
Mengapakah mencari sepasang kasut yang selesa sangat vital?
Kasut yang selesa ialah kasut yang mampu menampung kaki dan berat badan dengan stabil lagi mestilah mengurangkan rasa sakit dan tekanan pada bahagian lutut dan tumit kerana kedua-dua ini merupakan penyerap tekanan terbesar.
Rejim senaman mingguan anda kelihatan seperti?
Semuanya dilakukan sendiri di rumah. Biasanya plank dan berlari di kawasan basement kediaman saya.
Apa pula rejim kecantikan harian Eyka?
Kulit saya sebenarnya sangat sensitif. Andai kata saya sibuk dengan penggambaran dan terlalu penat, jika saya tidak cuci muka bersih-bersih sebelum tidur senang saja tumbuh jerawat. Saya juga ada masalah body acne. Apa yang saya cuba baru-baru ini, saya gunakan tea tree oil dan saya gunakan Cetaphil untuk bersihkan badan. Dalam dua minggu saya gunakan kedua-duanya, nampak jerawat badan beransur hilang.
Produk kecantikan terbaik sepanjang zaman?
Biasanya yang Eyka isi dalam beg tangan ialah lip tint dan BB cushion. Lip tint biasanya Eyka sapu pada bibir dan pipi.
PAUTAN BERKENAAN: GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID
Pelakon anggun dan molek Malaysia, Eyka Farhana akhirnya selamat bertunang bersama pilihan hatinya, Akhyar Rashid.
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025.
KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK
Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2025: Koleksi berani dan androgynous yang menggabungkan keanggunan urban dan semangat muda.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024
Dari filem buatan Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2024.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.