GL NOV/DIS 2022: HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA
HUN HAQEEM, 24, ATAU NAMA SEBENARNYA, HAQEEM HERMY TERKENAL MENERUSI TIGA WATAK YANG DIPERANKAN OLEHNYA; YAKNI ARIFF DALAM DRAMA CARI AKU DI SYURGA, QHALISH DALAM CINTA BELUM TAMAT TEMPOH DAN JEKFERR DALAM DRAMA KOMEDI KAMPUNG PEOPLE. HAMPIR EMPAT TAHUN BERGELAR PELAKON, TUAH HUN HAQEEM UNTUK DIBERI PERANAN WATAK HERO SEMAKIN MEWANGI. TERUS PERSONANYA MELARAT DI BIBIR-BIBIR PENGGEMAR DRAMA TEMPATAN. SEBAGAI PELAPIS ANAK SENI, SECARA TERANGAN HUN TIDAK SEKALI BERSANDARKAN KEPADA PARAS RUPA SEMATA. MALAH YANG MEMBEZAKAN PEMUDA BERBINTANG CAPRICORN INI DENGAN KEBANYAKAN ARTIS LELAKI LAIN ADALAH KREDIBILITINYA YANG BERJIWA MATANG. TAMBAH LAGI BILA BERBICARA, LISANNYA KEDENGARAN BEGITU BERILMU. LANGSUNG TIDAK BINGIT BAK TIN KOSONG.
Pengarang Rencana & Arloji : ZUHAIRIE SAHROM Pengarang Digital : MUZAMMIN MUZLAN Penata Gaya & Arahan Kreatif : JOHAN KASSIM Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO Grooming : KHIR KHALID Rambut : CKAY LIOW
Gambaran Hun Haqeem dalam satu perkataan?
A determined person.
Fakta menarik tentang Hun yang tidak semua orang tahu?
Saya boleh menari dan cenderung ke arah tarian kontemporari. Pada saat ini mungkin tiada sesiapa berkesempatan melihat saya menari kerana masih belum dipertemukan peluang itu.
Perkhabaran terkini Hun?
Ada satu telefilem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi saluran Astro berjudul Obses. Hun memegang watak utama yang memerankan karakter seorang lelaki psiko. Tahun hadapan bakal membintangi satu drama bersiri aksi juga terbitan Astro Originals, namun tidak pasti tajuknya lagi. Di samping itu, drama adaptasi Korea yang bakal ditayangkan di platform penstriman Viu.
Adakah Hun Haqeem berpunya cabangan karier lain?
Berpunya bisnes di samping menjadi anak seni itu baik dari segi perancangan ekonomi peribadi juga boleh menimba lebih ilmu tambahan. Namun, saat ini saya mahu fokus untuk mencorakkan kredibiliti saya dalam lapangan seni lakonan yang tanpa sempadan ini; kerana saya berpendapat kita masih kurang kesedaran akan pemahaman itu. Jika kita lihat di Hollywood, pengkarya seperti James Cameron mampu bertahan bertahun lamanya menerusi satu filem arahannya. Jadi saya masih cuba untuk menemukan resipi serta memahami selok belok dunia ini, tambah lagi untuk mengukuhkan kredibiliti sebagai pelakon.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENYAKIT SEBENAR BRUCE WILLIS AKHIRNYA DIKENAL PASTI
Hampir setahun bergelut dengan afasia, kini Bruce Willis mendapat diagnos spesifik mengenai penyakit yang dideritainya.
NENEK BONGKOK TIGA MENAMPILKAN HUN HAQEEM, MEERQEEN DAN RAMAI LAGI
Kisah fantasi seram, “Nenek Bongkok Tiga” yang menampilkan Hun Haqeem, Meerqeen dan ramai lagi akan ditayangkan melalui laman penstriman, Viu.
“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA
Mulanya kembara menghiasi iklan komersial tv, Ali atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoosi, 25, tidak menyangka beroleh peluang menerajui lapangan seni lakonan.
TRAGIS! STEPHEN ‘TWITCH’ BOSS RAGUT NYAWA SENDIRI
Aktor, DJ dan pengacara bersama Ellen DeGeneres Show, Stephen Boss atau lebih dikenali sebagai Twitch dilaporkan meninggal dunia akibat membunuh diri.
AKTOR & PEMUZIK, WILKO JOHNSON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 75 TAHUN
Satu kenyataan yang dikongsi di Twitter memaklumkan Wilko Johnson meninggal dunia pada 21 November lalu di kediamannya di tenggara England.
10 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS
Selain Liam Neeson dan Ralph Fiennes, semak beberapa lagi selebriti terkenal Hollywood yang layak digelar sebagai pasangan kembar.