Skip to content

GL NOV:DIS 2022, HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA 01

GL NOV/DIS 2022: HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA

Kongsikan artikel ini
2 of 5

GL NOV:DIS 2022, HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA 05Siapa Hun dalam industri ini?

Kekuatan saya sebagai pelakon, bagi saya, diri saya, saya sanggup buat apa sahaja. Maksudnya jika watak tertentu memerlukan Hun untuk menjadi seseorang yang kompleks, saya bakal menggali sehingga ke dasarnya. Bertujuan untuk menyalurkan karakternya sehabis baik. Hun sentiasa memberitahu teman-teman rapat yang Hung ingin memerankan watak seperti yang diolahkan oleh James Franco menerusi  filem drama survival psikologi, 127 Hours. Segala-galanya bergantung kepada kredibiliti anda dalam menggalas kewajipan sebagai anak seni di layar perak.

Pencapaian terbesar Hun sepanjang bergelar pelakon dalam 4 tahun ini?

Saya perlu katakan, baru-baru ini menerusi penggambaran drama bersiri seram thriller untuk Viu yang berjudul Nenek Bongkok Tiga. Sebagai pelakon generasi baharu ini, Hun tidak pernah terfikir untuk diberi peluang sedemikian kerana berpeluang untuk menjayakan drama bersiri ini bersama Sofia Jane, Sherie Merlis dan Syafie Naswip. Bercakap mengenai kredibiliti sudah tentu anda akan berasa sedikit gusar lagi gementar. Tapi Hun ambilnya positif, mengapa perlu bimbang sedangkan mereka ini adalah orang terhebat dalam industri yang boleh memberi tunjuk ajar serta nasihat. Mereka adalah spesimen terunggul industri. Sekali gus, menjadikannya satu pengalaman yang terhebat.

Bagaimanakah Hun mahu kekal relevan dalam industri yang kompetitif ini?

Menerusi kerja keras saya, sudah pastinya ada yang lebih berbakat, tampan dan cantik yang bakal menggantikan posisi kami kelak nanti. Walau bagaimanapun, amatlah penting untuk kami mencari target audience yang tepat. Kerana selebriti itu sendiri sedang mencorakkan sisi penjenamaan diri mereka sendiri. I’m a hard worker, I will always make something work, this drive, this passion, begitu menebal dalam diri untuk terus mempelajari sesuatu kemahiran. Lalu maju ke hadapan untuk berkarya.

2 of 5

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AKTOR & PEMUZIK, WILKO JOHNSON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 75 TAHUN

AKTOR & PEMUZIK, WILKO JOHNSON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 75 TAHUN

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS

10 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

4 SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA KE HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
LEE JONG SUK KEMBALI DENGAN DRAMA TERBARU BIG MOUTH

LEE JONG SUK KEMBALI DENGAN DRAMA TERBARU BIG MOUTH

Bacaan Lanjut

YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA

Bacaan Lanjut
GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 01

GL NOV/DIS 2021: FADLAN HAZIM, PELAPIS HERO MALAYA

Bacaan Lanjut