GL NOV/DIS 2022: HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA
Siapa Hun dalam industri ini?
Kekuatan saya sebagai pelakon, bagi saya, diri saya, saya sanggup buat apa sahaja. Maksudnya jika watak tertentu memerlukan Hun untuk menjadi seseorang yang kompleks, saya bakal menggali sehingga ke dasarnya. Bertujuan untuk menyalurkan karakternya sehabis baik. Hun sentiasa memberitahu teman-teman rapat yang Hung ingin memerankan watak seperti yang diolahkan oleh James Franco menerusi filem drama survival psikologi, 127 Hours. Segala-galanya bergantung kepada kredibiliti anda dalam menggalas kewajipan sebagai anak seni di layar perak.
Pencapaian terbesar Hun sepanjang bergelar pelakon dalam 4 tahun ini?
Saya perlu katakan, baru-baru ini menerusi penggambaran drama bersiri seram thriller untuk Viu yang berjudul Nenek Bongkok Tiga. Sebagai pelakon generasi baharu ini, Hun tidak pernah terfikir untuk diberi peluang sedemikian kerana berpeluang untuk menjayakan drama bersiri ini bersama Sofia Jane, Sherie Merlis dan Syafie Naswip. Bercakap mengenai kredibiliti sudah tentu anda akan berasa sedikit gusar lagi gementar. Tapi Hun ambilnya positif, mengapa perlu bimbang sedangkan mereka ini adalah orang terhebat dalam industri yang boleh memberi tunjuk ajar serta nasihat. Mereka adalah spesimen terunggul industri. Sekali gus, menjadikannya satu pengalaman yang terhebat.
Bagaimanakah Hun mahu kekal relevan dalam industri yang kompetitif ini?
Menerusi kerja keras saya, sudah pastinya ada yang lebih berbakat, tampan dan cantik yang bakal menggantikan posisi kami kelak nanti. Walau bagaimanapun, amatlah penting untuk kami mencari target audience yang tepat. Kerana selebriti itu sendiri sedang mencorakkan sisi penjenamaan diri mereka sendiri. I’m a hard worker, I will always make something work, this drive, this passion, begitu menebal dalam diri untuk terus mempelajari sesuatu kemahiran. Lalu maju ke hadapan untuk berkarya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.











