Skip to content

GL DIS/JAN 2023, ALI REZA KAVOOSSI, BUKAN SEKADAR RUPA 01

“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA

Kongsikan artikel ini
2 of 5

GL DIS:JAN 2023, ALI REZA KAVOOSSI, BUKAN SEKADAR RUPA 03

  • Idola Ali sebagai panduan kejayaan?

Muhammad Ali 👌🏻😬. Asalkan kita buat sesuatu itu dengan sepenuh keikhlasan. Pasang niat yang betul dalam kehidupan ini, bakal dipertemukan dengan sukses.

  • Persepsi negatif yang sering diperkatakan tentang keperibadian Ali?

Saya seorang yang introvet. Mungkin kerana sifat malu itu menebal dalam diri. Namun, itu tidak bermaksud saya seorang yang meninggi diri. Dahulu agak sukar untuk saya bergaul dengan orang ramai secara bersahaja. Saya tidak begitu selesa, bukan kerana saya membenci. Tetapi tidak pernah terlintas untuk bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun sekelip mata. Bila masa berlalu, saat memasuki industri hiburan ini; saya telah dilatih untuk menjadi ekstrovert dan mula selesa untuk berpunya keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Contohnya bila hadir ke majlis sosial.

  • Apa yang dipelajari sepanjang bergelar anak seni?

Ia telah memberi saya banyak manfaat, juga kelebihan. Paling penting, perlu sedar akan persekitaran, dalam mahupun di luar sesi penggambaran. Belajar untuk menjaga lisan yang baik dan bertutur dengan rasa hormat kepada sesiapa pun. Pertukaran idea dan pendapat dengan orang juga membantu kita dalam menajamkan kemahiran berkomunikasi.

  • Perkara paling penting dalam membentuk keperibadian diri Ali Reza Kavoossi?

Umumnya, perkara terpenting untuk membentuk keperibadian diri adalah untuk belajar menghargai juga cuba sehabis baik untuk menjadi diri sendiri. Bukannya sukar kerana ia bermula dengan diri anda sendiri.

2 of 5

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER

Bacaan Lanjut

5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE

Bacaan Lanjut

TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut