“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA
- Apakah hobi Ali?
Saya suka menghabiskan masa di gim dengan bersenam. Itu adalah rutin harian saya untuk mengekalkannya gaya hidup sihat. Dari segi hobi, saya suka bermain bola sepak. Pada asasnya, jika kita bercakap tentang hobi, saya suka melakukan sesuatu aktiviti yang mengeluarkan peluh.
- Essence of Men; apakah panduan sebenar kejantanan hari ini?
Sudah banyak fahaman yang telah menyumbang kepada konsep seorang lelaki di abad ini. Kita punya pendapat, pandangan dan idea yang berbeza tentang diri kita sendiri. Itu tidak mengapa kerana saya berpendapat setiap individu berhak untuk menyuarakan pendapat mereka sendiri. Tetapi saya masih berpegang pada kejantanan tradisional sebagai seorang lelaki. Di mana, kita memikul tanggungjawab serta kewajipan yang besar dalam keluarga. Dari melindungi, menyediakan juga menjaga kebajikan keluarga.
- Sebarang stigma terhadap lelaki yang ingin diubah…
Lelaki boleh menangis di mana sahaja bila tiba saat berduka melanda diri. Juga kita semua punya hak untuk meluahkan perasaan kita kepada sesiapa sahaja atau kepada diri kita sendiri. Terutamanya dalam situasi yang tidak kita jangka, sesuatu yang menyedihkan. Seperti apa yang saya alami sendiri bila mendepani pemergian ibu tercinta. Saya menangis seperti tiada hari esok. Namun harus tahu untuk tidak memanjangkan kesedihan itu kerana ia juga bakal memburukkan kesihatan mental kita.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE
filem Mencari Ramlee (2025), sebuah karya yang memberi penghormatan kepada legasi Tan Sri P. Ramlee yang bisa meruntun jiwa.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI
Dikenali menerusi watak-watak ‘bad boy’atau filem terbarunya Saltburn, Jacob Elordi adalah lelaki moden yang bisa mencairkan hati wanita.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.