Skip to content

"KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA” - RIZAL RASID

“KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA” – RIZAL RASID

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Semangat yang mendalam lalu mengusulkan cita-cita besar dalam lapangan seni suara membuatkan Rizal Rasid, 28; meninggalkan kerjaya terdahulunya yang menggalas tugas sebagai pramugara. Mulanya memperdengarkan lagu cover di platform Soundcloud, suara pemuda berbintang Virgo ini mendapat perhatian Radio Televisyen Brunei. Lantas menawarkan peluang bagi menyelenggarakan program TV debutnya.

Sudah menapak dalam persada muzik di Brunei selama hampir 9 tahun, Rizal Rasid kini mara menemukan peluang dalam memperkukuhkan posisi kerjaya yang tidak hanya tertumpu di Brunei, malah berlanjut ke Malaysia, Indonesia serta Filipina. Bernaung dibawah label rakaman Warner Music Malaysia, Rizal tampil merilis single terbarunya Nadi hujung Januari lalu.

"KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA” - RIZAL RASID

Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital : MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif : JOHAN KASSIM, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : TIAR ZAINAL, Rambut : CODY CHUA
  • Rizal Rasid dalam satu perkataan?

Dreamer. Saya seorang yang suka memasang impian dan angan-angan. Juga tidak gentar untuk mengambil risiko kerana hidup ini hanya sekali. Maka berbahagialah!

  • Siapa Rizal sebagai anak seni? 

Sebagai seorang penyanyi saya hanya mahu menjadi versi diri yang terbaik dari setiap sisi. Mungkin sukar untuk membezakan diri daripada penyanyi yang sedia kerna mungkin kami memperdengarkan genre atau berpunya gaya nyanyian yang sama. Namun, menerusi single terbaru Nadi, saya mengharapkan para pendengar dapat mengenali rincian jenama ‘Rizal Rasid’ ini.

  • Rizal memperjuangkan genre…

Mula dengan R&B dan balada, kini Rizal mahu meneroka spektrum muzik yang meluas. Bersama label rakaman Warner Music Malaysia, kami sedang menekuni muzik pop juga membuatkan saya teruja kerana tidak pernah berkarya dengan genre pop sebelum ini. Saya berharap pendengar dapat menerimanya kerana muzik itu sendiri mengungkapkan sesuatu tentang percubaan.

  • Rancangan terbesar Rizal bagi tahun ini?

Sebagai seorang penyanyi saya punya semangat juga motivasi diri yang tinggi. Rizal kini mencarikan peluang untuk berada di pentas yang lebih besar. Impian saya yang satu sudah tentu untuk menjadi seorang pemuzik atau penghibur yang sukses suatu hari nanti.

  • Satu perkara yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 ini?

Saya menantikan lebih banyak peluang pada tahun 2023. Bukan hanya dalam nyanyian. Saya juga mahu mencuba bidang lakonan dan peragaan. Menjadi hos mengacarakan program serta majlis juga kedengaran agak menyeronokkan!

1 of 3

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut