Skip to content

“DAH BOLEH KAHWIN!” - BEN AMIR SEDIA BERGELAR SUAMI

“DAH BOLEH KAHWIN!” – BEN AMIR SEDIA BERGELAR SUAMI

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Ciri-ciri Wanita Idamannya

Erin Adlina turut memanjatkan doa agar Ben Amir dipertemukan dengan pasangan terbaik. Ini sekali gus menyangkal dakwaan bahawa pelakon berusia 33 tahun itu bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. “Gembiranya dia, pergi cari teman wanita elok-elok. Saya doakan hanya yang terbaik untuk awak, bila awak dah bersedia okey. Jumpa lagi nanti di majlis kahwin saya,” tambahnya.

Mengambil kesempatan itu, Ben Amir mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya kepada hampir satu juta pengikut di Instagram. “Tuhan, kurniakanlah seorang gadis comel yang rajin ke gim, pandai masak, setia dan menyayangi saya tanpa syarat.”

Sejak terlibat dalam industri hiburan, pelakon ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita baik dari kalangan artis mahupun orang biasa. Terdapat juga cubaan untuk menimbulkan gosip cinta antara dirinya dengan Daiyan Trisha tiga tahun lalu setelah mereka dirakam menikmati sarapan bersama. Bagaimanapun Ben Amir dengan pantas menafikannya, “Tak adalah. Saya dengan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tak ada apa pun,” tegasnya.

Dua tahun lalu pelakon kacak ini juga pernah mendedahkan bahawa dia menginginkan wanita yang boleh mengetepikan egonya. “Saya nak cari wanita yang boleh menasihatkan, ketepikan ego dan pandangan saya. Mungkin dialah wanita yang tepat itu. Tapi setakat ini saya belum jumpa sesiapa lagi. Saya masih solo.”

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: “INSIDEN YANG MENGUBAH PANDANGAN SAYA TENTANG KEHIDUPAN” – BEN AMIR AKUI HAMPIR BUTA

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut