DALAM DIAM ANDREW GARFIELD KEMBALI BERCINTA LAGI
Baru beberapa bulan berpisah dengan Dr Kate Thomas, Andrew Garfield sudah pun menemui cinta baru.
Aktor Spiderman itu kini dilaporkan sedang menjalin hubungan romantis dengan bintang A Complete Unknown, Monica Barbaro. “Mereka sedang bercinta secara rahsia dan sering meluangkan masa bersama kebelakangan ini,” jelas sumber.

Foto: Getty Images/W Magazine
Tidak dapat dipastikan bilakah bibit-bibit cinta berputik antara mereka. Namun kedua-duanya dilihat merakam foto bersama di parti Best Performances anjuran W Magazine di Los Angeles awal Januari lalu.
Awal minggu ini, Andrew dan Monica kelihatan selesa meluangkan masa bersama menonton teater Shakespeare ‘Richard II’ yang dibintangi Jonathan Bailey di Teater Bridge, London. Kedua-duanya tampil bersahaja dalam persalinan kasual.
Foto: Deuxmoi
Sejarah Percintaan Andrew Garfield
Sebelum bercinta dengan Monica, Andrew mengundang perhatian ramai apabila menjalin hubungan dengan pengamal ritual yang mengakui dirinya sebagai ahli falsafah, Dr Kate Thomas.
Mereka dikaitkan bersama pada bulan Mac 2024 selepas dilihat beraksi mesra di Malibu, California bersama pasangan selebriti Phoebe Bridgers dan Bo Burnham.

Foto: Backgrid
Andrew dikatakan jatuh cinta pandang pertama kerana Kate berbeza dengan wanita lain yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini. Bagaimanapun pada Oktober 2024, Kate mendedahkan bahawa mereka telah pun membawa haluan masing-masing beberapa bulan sebelumnya.
Sebelum Kate, aktor berusia 42 tahun itu pernah menjalin hubungan romantis dengan beberapa aktres terkenal termasuk Emma Stone, Alyssa Miller, Rita Ora dan Phoebe Dynevor.
Foto: Inquirer Entertainment
Pautan berkaitan: KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANDREW GARFIELD AKHIRNYA BERPISAH DENGAN KEKASIH KONTROVERSI
Agak lama peminat berteka-teki tentang hubungan cinta antara Andrew Garfield dan teman wanitanya, Dr. Kate Tomas. Kini segalanya sudah terjawab.
TUJUH BULAN HIDUP SOLO, ANDREW GARFIELD TEMUI CINTA BAHARU
Andrew Garfield dilaporkan bercinta dengan bintang Bridgerton selepas bertemu di Men of the Year Awards anjuran GQ minggu lalu.
4 PERSAHABATAN AKTOR HOLLYWOOD YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila selebriti Hollywood menjadi rakan karib selepas bekerjasama dalam sesebuah filem.
WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
“The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Will Smith dan Andrew Garfield tepati ramalan ungguli kategori Aktor Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 yang dikaburi dengan kontroversi.
BEST DRESSED MEN DI KARPET MERAH OSCAR 2017
Ini dia10 best-dressed men di Anugerah Oscar 2017! Lets start the counting shall we?