DATUK LEE CHONG WEI ATLET MALAYSIA PERTAMA MENGHIASI MADAME TUSSAUDS
Legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menerima pengiktirafan istimewa apabila diabadikan dalam bentuk patung lilin di muzium terkenal Madame Tussauds.
Ini menjadikan legenda badminton negara itu sebagai atlet Malaysia pertama dipamerkan di Madame Tussauds dan individu kedua selepas bintang Hollywood kelahiran Perak, Tan Sri Michelle Yeoh.
Patung lilin Chong Wei ditampilkan dalam jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut gabungan rona biru dan hijau limau sambil tangan kanannya memegang raket.
Jersi tersebut adalah yang sama dipakainya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan dirinya meraih pingat perak ketiga dan terakhir di temasya itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
PATUNG LILIN DWAYNE JOHNSON & ENAM LAGI SELEBRITI YANG DIANGGAP GAGAL
Kebanyakan patung lilin dihasilkan dengan ketepatan mengagumkan namun ada juga yang tidak menepati ciri sebenar selebriti.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.
PATUNG LILIN RIHANNA DIABADIKAN DI MADAME TUSSAUDS
Selepas setahun diabadikan dalam bentuk patung marmar di Met Gala, Rihanna menerima satu lagi pengiktirafan istimewa - kali ini daripada Madame Tussauds.
DATUK LEE CHONG WEI KINI BAPA KEPADA TIGA CAHAYA MATA
Genap sedekad berumah tangga, kehidupan Datuk Wira Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo diserikan lagi dengan kehadiran anak ketiga.