DAVID BECKHAM DEDAH PENYAKIT DIALAMI DALAM DOKUMENTARI NETFLIX
Pengalaman Sebagai Penderita OCD
David Beckham berkata, menjalani kehidupan dengan OCD amat memenatkan. Kebiasaannya dia akan menghabiskan masa berjam-jam membersih dan mengemas rumah pada waktu malam setelah semua ahli keluarganya tidur.
“Apabila semua orang sudah masuk tidur, saya akan periksa keseluruhan rumah, bersihkan bekas lilin, malapkan lampu, pastikan semuanya bersih dan kemas. Saya tidak suka bangun pagi dan lihat ada cawan, pinggan atau mangkuk bersepah. Saya akan buang lebihan lilin, bersihkan bekasnya. Apa yang menjengkelkan saya adalah kesan asap pada bahagian atas lilin.” Dia menambah: “Ya, saya tahu ia pelik.”

Foto: Instagram
Apabila kru kamera memuji kebersihan dapurnya, David Beckham menyebut nama isteri, Victoria Beckham. “Saya membersihkannya dengan bersungguh-sungguh. Namun sejujurnya saya tidak pasti adakah isteri saya benar-benar menghargainya.” Bekas ahli kumpulan Spice Girls itu kemudian mengakui bahawa dia amat menghargai hasil kerja suaminya yang sempurna.
Ini bukanlah kali pertama bekas atlet itu mendedahkan pengalamannya menghidap OCD. Dia pernah bercakap mengenainya dalam temu bual bersama ITV pada 2006. “Saya mengalami kecelaruan obsesif kompulsif di mana saya perlu melihat semua benda dalam keadaan lurus atau perlu berpasangan. Itulah masalah yang saya hadapi. Apabila mendaftar masuk ke hotel, saya perlu menyimpan semua risalah dan buku-buku ke dalam laci sebelum boleh berehat. Semuanya perlu sempurna.”
Selain David Beckham, selebriti lain yang pernah didiagnos menghidap OCD adalah Howie Mandel, Camila Cabello dan Lena Dunham.
Foto: GQ
Pautan berkaitan: AIR MATA DAVID BECKHAM TUMPAH DI WESTMINSTER HALL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Mula dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham dengan BOSS!
TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’
Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Jay Chou.
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema "Out of Office".
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.