DAVID BECKHAM DIKECAM GARA-GARA MENCIUM ANAK
Pasti David Beckham sendiri tidak menyangka, tindakannya berkongsi gambar mencium bibir anak perempuan tunggalnya, Harper Beckham bakal mencetuskan kontroversi dan perbualan hangat di kalangan pengikut laman sosial terutama sekali netizen dunia. Khabarnya, tindakannya itu mendapat tentangan keras dari pengikut Instagramnya yang mengatakan mencium anak perempuan di bibir adalah satu kesalahan besar.
Antara komen yang ditulis seorang pengikutnya berbunyi, “Secara jujurnya mencium anak perempuan anda di bahagian bibir, ianya adalah sesuatu yang sangat pelik, ya memang sangat pelik!”
Walaupun mendapat komen negatif daripada segelintir pengikutnya, namun tidak kurang juga ramai yang menyokong Beckham, seperti Gavin Cole yang menyatakan, “Saya juga mencium ketiga-tiga bibir anak saya. Jika hati anda bersih, maka perbuatan itu bukanlah satu kesalahan”.
Yang menariknya, Beckham nampaknya langsung tidak terkesan dengan komen-komen negatif ruangan Instagramnya itu. Malah, beliau langsung tidak memadamkan gambar tersebut walaupun menyedari ia menjadi topik hangat. Tambahan pula, Beckham memang dikenali sebagai seorang bapa ideal yang sangat menyayangi anak-anaknya. Beckham, you are awesome!!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
DENNIS VERBAAS: JEJAKA BELANDA YANG MENAWAN HATI TUNKU TUN AMINAH
Siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hati puteri Tunku Tun Aminah ini? GL senaraikan 5 fakta menarik tentang dirinya.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.