Skip to content

DAVID BECKHAM DIKECAM GARA-GARA MENCIUM ANAK

Kongsikan artikel ini

Pasti David Beckham sendiri tidak menyangka, tindakannya berkongsi gambar mencium bibir anak perempuan tunggalnya, Harper Beckham bakal mencetuskan kontroversi dan perbualan hangat di kalangan pengikut laman sosial terutama sekali netizen dunia. Khabarnya, tindakannya itu mendapat tentangan keras dari pengikut Instagramnya yang mengatakan mencium anak perempuan di bibir adalah satu kesalahan besar.

Antara komen yang ditulis seorang pengikutnya berbunyi, “Secara jujurnya mencium anak perempuan anda di bahagian bibir, ianya adalah sesuatu yang sangat pelik, ya memang sangat pelik!”

Walaupun mendapat komen negatif daripada segelintir pengikutnya, namun tidak kurang juga ramai yang menyokong Beckham, seperti Gavin Cole yang menyatakan, “Saya juga mencium ketiga-tiga bibir anak saya. Jika hati anda bersih, maka perbuatan itu bukanlah satu kesalahan”.

Yang menariknya, Beckham nampaknya langsung tidak terkesan dengan komen-komen negatif ruangan Instagramnya itu. Malah, beliau  langsung tidak memadamkan gambar tersebut walaupun menyedari ia menjadi topik hangat. Tambahan pula, Beckham memang dikenali sebagai seorang bapa ideal yang sangat menyayangi anak-anaknya. Beckham, you are awesome!!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Jun 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut