DINI SCHATZMANN BAKAL BERGELAR SUAMI JUN INI?
Berita Perpisahan Dini Schatzmann & Janna Nick Drama Semata?
November tahun lalu Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberi bayangan hubungannya dengan aktor kacukan Melayu-Switzerland telah pun berakhir. “Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya di Instagram.
Dia turut memuat naik sebuah video memaparkan status ‘bujang’ menerusi satu perkongsian di TikTok. Video itu menampilkan dirinya menikmati makanan berserta biodata ringkas, “Janna. 27 Tahun. Single. Tak suka buka bungkusan sambal.”

Foto: BHarian
Lebih menguatkan spekulasi apabila aktres berusia 28 tahun itu membawa diri dengan bercuti sendirian ke Eropah. Malah dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram Dini Schatzmann ketika itu, juga sehingga kini. Bagaimanapun ada peminat yang meragui berita perpisahan mereka dan menganggap ia sekadar kandungan untuk mencuri perhatian netizen. Ini kerana aktor berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut tentang spekulasi tersebut.
Malah sekitar Februari lalu, Dini Schatzmann memaklumkan dia dan Janna Nick bakal membuat satu pengumuman penting selepas bulan Ramadan. Dan teka-teki status perhubungan mereka akhirnya terjawab setelah keduanya dirakam meraikan Ailfilfitri bersama baru-baru ini.

Foto: MStar
Foto: Kosmo!
Pautan berkaitan: UNGKU ISMAIL & NAD ZAINAL SELAMAT DIIJAB KABUL DALAM MAJLIS SEDERHANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025
Gaya pasangan di Festival Filem Cannes 2025 menjadi pertanyaan ramai,terutamanya kerana tahun-tahun sebelum ini dipenuhi pasangan ikonik.
RIP CURL X JANGGUTBEAR: STREETWEAR GAYA SURF
Ketahui kolaborasi Ripcurl x Janggutbear yang menghasilkan koleksi pakaian streetwear yang berinspirasikan jiwa lautan.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.