Skip to content

ESTETIKA AVANT GARDE JOE CHIA

Kongsikan artikel ini

DIKENALI DENGAN IMEJ REBEL BERPAKAIAN AVANT GARDE YANG SERBA HITAM, PEREKA TEMPATAN JOE CHIA PUNYAI STAIL TERSENDIRI. NAMUN KHUSUS UNTUK GL, DIA TERBUKA UNTUK MENGGAYAKAN SENTUHAN WARNA DAN PRINTS. JUST THIS ONCE

Teks & Penata Gaya: Abdul Aziz Draim
Penyelaras: Ardi Idewani Zaini
Pembantu Penyelaras: Sufian Sapari
Gambar: Vincent Paul Yong/StudioVerve
Grooming: Emmy Agung
Arahan Seni: Ainuddin Fikry
Pakaian: Paul Smith & Joe Chia
GL Jun16, Joe Chia pic3

Pereka tempatan Joe Chia memakai rekaannya sendiri daripada koleksi Chapter 9

Jam menghampiri 9 malam. Foyer pintu hadapan Axis Business Campus di Petaling Jaya semakin dipenuhi pengunjung yang berdiri di dalam barisan panjang mengular dalam bentuk S, sabar menanti giliran untuk dijemput masuk ke venue. Setia mereka beratur, seakan-akan mahu memasuki sebuah konsert eksklusif. Hakikatnya, perumpamaan itu tidaklah terlalu jauh daripada realiti sebenar.

Merangkumi usia, kaum dan latar belakang yang berbeza, daripada pilihan pakaian mereka sahaja pemerhati sudah mampu meneka tujuan kelompok ini ke sini. Rata-rata menggayakan persalinan hitam putih bermacam siluet avant garde, mereka mirip satu batalion gerakan underground. Sehati sejiwa memakai uniform tribute kepada ‘ketua’ yang diraikan.

Make no mistake: this is the Joe Chia army.

Menghampiri ruang dalam, muzik nyaring bergema di sebalik tirai hitam yang menutupi sempadan arena. Melangkah masuk, tetamu disambut oleh instalasi himpunan pakaian Joe Chia (serba hitam, of course) digantung tinggi, merangkap photo booth untuk para pengunjung merakamkan selfie mereka.

Di dalam arena ini, metafora konsert tadi semakin menjadi nyata: para jemputan berpeleseran mengelilingi pentas peragaan berbentuk segiempat sama di satu penjuru arena. Di atasnya didirikan konsol DJ yang disinari arca abstrak lampu kalimantang olahan artis Jun Ong dari Pulau Pinang. Dengan lampu berkelip mengiringi muzik, ibarat rentak denyutan jantung, pentas ini bagaikan nukleus majlis malam ini.

Inilah Episode 02, siri kedua dalam acara tahunan anjuran Joe Chia. Bukan sekadar satu pertunjukan koleksi terkini dari labelnya, The Episode Series ialah satu celebration bersama rakan-rakan dan para peminat Joe. Selain penataan cahaya oleh Jun, majlis diserikan DJ Xu dan Moslem Priest membekalkan runut bunyi manakala event company FWD berperanan selaku pengelola utama.

“Bagi saya, fesyen, muzik dan seni sentiasa memberi inspirasi antara satu sama lain,” jelas Joe apabila ditanya tentang malam istimewa itu. “The Episode Series is like this unity – menggabungkan beberapa idea menarik menjadi satu. Dan dalam merancang projek sebegini, kami sering memberi inspirasi antara satu sama lain. Creative energy. Good vibes.”

 

GL Jun16, Joe Chia pic2

Hanya untuk GL, Joe mencuba gaya di luar stail peribadinya. Sut & baju panas dari Paul Smith.

CERITA SEBUAH KOLEKSI

Joe menyamakan rangkaian koleksinya dengan sebuah penceritaan. Setiap koleksi merupakan satu babak baru dalam perjalanan label itu. Koleksi yang dipersembahkan baru-baru ini sudah menjangkau Chapter 9 (untuk musim Bunga/Panas 2017). “Setiap koleksi kami menceritakan proses kami. Apa yang telah kami pelajari dan amati setiap musim.” Chapter 9 mengemukakan eksplorasi siluet oversized juga potongan tradisional dengan interpretasi gaya atletik yang secara menyeluruh mewakili satu meditasi terhadap masa depan yang terdekat. Palet warna kali ini menghimpunkan rona-rona klasik Joe Chia: beige, putih gading, kelabu dan sudah tentunya hitam.

“Hitam ialah subtle dan timeless,” jelas Joe perihal warna signature-nya. “Pada saya, hitam bukan sedih mahupun murung. Akan tetapi ia memberi saya kekuatan – it’s a very strong statement.” Secara praktikal pula, sebab utama Joe selesa berkarya dengan rona-rona semulajadi dalam koleksinya ialah kerana penekanannya terhadap construction. “Apabila saya menggunakan warna-warna neutral, saya semakin fokus pada details sesuatu rekaan itu. Pilihan dan tekstur fabrik, potongan, draping… sentuhan terperinci sebegini menjadi lebih terserlah. Rekaan Joe Chia mungkin akan hilang elemen perinciannya jika diolah dalam prints atau warna garang.”

Kini, Joe Chia boleh didapati di 18 butik serantau dunia, merangkumi Itali, Peranchis, Jerman, Sepanyol, Greece, Belanda, Rusia, Ukraine, Egypt, Saudi Arabia, China, Amerika Syarikat, UK dan Malaysia.

Apakah pendapat ibu bapa tentang kerjayanya sekarang? “They don’t understand until today, haha. Biasalah, mereka masih risau. ‘Nak, kamu okay ke?’,” Joe memberitahu sambil ketawa. “Mereka risau saya bekerja terlalu kuat, tak cukup tidur. Tapi mereka memberi saya kebebasan… they don’t stop me from wearing black, haha. Biarpun mereka tidak memahami kerjaya saya, mereka tetap menyokong saya.”

Untuk mengakhiri perbualan, GL ingin tahu apakah pencapaian paling membanggakan untuk Joe Chia sepanjang kerjayanya? Joe tersenyum lalu berseloroh, “Shooting dengan GLAM Lelaki sekarang? Haha. Sebab saya jenis yang menghargai ‘living in the moment’. I’m just this kampung boy from Kelantan, tapi kini baju-baju saya dijual di luar negara berkongsi bumbung dengan Rick Owens, Yohji (Yamamoto)… idola-idola saya. Jadi saya amat bersyukur dan menghargai setiap detik perjalanan saya. Appreciate the moment.”


*Untuk membaca edisi lengkap rencana ini, dapatkan GL Jun 2016 versi digital sekarang.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR 'IT BOY'

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut