Skip to content

FADLAN HAZIM & ISTERI DIRAI DALAM MAJLIS RESEPSI TRADISI KAZAKHSTAN

FADLAN HAZIM & ISTERI DIRAI DALAM MAJLIS RESEPSI TRADISI KAZAKHSTAN

Kongsikan artikel ini

Tiga bulan disatukan sebagai suami isteri, Fadlan Hazim dan Aiya Mukhamedsalova diraikan dalam satu majlis resepsi intim di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Majlis berkonsep taman itu berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat pasangan mempelai. Antara selebriti tempatan yang hadir memeriahkan acara adalah Ayda Jebat dan Nabil Mahir.

Upacara meraikan Fadlan Hazim dan isteri sebagai pengantin baru amat unik kerana menampilkan adat dan tradisi perkahwinan Kazakhstan. Dalam satu hantaran di laman sosial, Aktor Sayang Tak Dikenang itu berkongsi momen indah di mana bapa pengantin perempuan menyerahkan anak gadisnya kepada pengantin lelaki yang sedang menanti di pelamin.

https://www.tiktok.com/@fadlanhazim6/video/7290265124613508354?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=www.xtra.com.my%2Ftrending%2Fmeriah-majlis-resepsi-fadlan-hazim-isteri-pamer-tradisi-perkahwinan-kazakhstan%2F&referer_video_id=7290268948279463170

Aiya tampil anggun dalam gaun moden putih gading dengan perincian reben besar di pinggang dan vel labuh bersama jambangan bunga mekar dalam genggaman. Fadlan Hazim pula segak dalam kemeja putih dan sut kelabu.

Sebuah lagi video menunjukkan upacara adat resam yang jarang didengari di mana pengantin lelaki perlu berlari keluar sambil mendukung isteri. Aiya juga dilihat menggayakan busana tradisional bersama topi tinggi yang dipanggil ‘saukele’.

Perhiasan kepala ini menandakan pengantin perempuan telah bersedia meninggalkan zaman anak daranya dan mengambil tanggungjawab sebagai seorang wanita.

https://www.tiktok.com/@fadlanhazim6/video/7290268948279463170?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=www.xtra.com.my%2Ftrending%2Fmeriah-majlis-resepsi-fadlan-hazim-isteri-pamer-tradisi-perkahwinan-kazakhstan%2F&referer_video_id=7290268948279463170

Pelakon berusia 31 tahun itu pernah mendedahkan bahawa keluarga pengantin perempuan tidak meminta sebarang wang hantaran kerana ia bukan tradisi di Kazakhstan. Sebaliknya kedua-dua pihak saling bertukar hadiah pada majls perkahwinan.

Cinta Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova Dipateri

Pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada Oktober 2022 dan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 16 Julai lalu.

Majlis pernikahan mereka hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Keluarga Aiya tidak dapat hadir namun detik penyatuan mereka ditonton keluarga pengantin perempuan menerusi panggilan video.

Fadlan Hazim

Foto: Dailymotion

Bercakap mengenai pertemuan pertama dengan keluarga Aiya, aktor Sangkar itu berkata dia perlu melalui beberapa proses untuk membuktikan kegagahan sebelum boleh menyunting wanita itu sebagai suri hati. Tujuannya untuk memastikan dia secocok dengan bakal isteri.

“Sebelum berkahwin, kaum lelaki di sana perlu melalui beberapa ujian bagi menguji kejantanan dan kesungguhan untuk berumah tangga. Saya pun tidak tahu perlu melalui ujian tersebut, Aiya pun tidak beritahu mengenai perkara itu. Dia hanya minta saya buat apa sahaja yang disuruh.

Dia menambah, “Antara ujian yang perlu saya lakukan adalah berjalan di atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda. Bukan itu sahaja, saya juga dibawa mendaki gunung dalam suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki tanpa memakai baju tebal.”

Pasangan ini berkenalan di pusat kecergasan pada 2021. Fadlan Hazim menyifatkan isterinya sebagai antara wanita yang paling memahami dirinya. “Dia seorang wanita yang cantik di mata saya. Kami banyak persamaan.”

Foto: Hot FM

 

Foto: Arkib GL/Instagram Ariff Shukor

Pautan berkaitan: FADLAN HAZIM DEDAH PENGALAMAN UNIK MEMINANG TEMAN WANITA KHAZAKHSTAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LULUS UJIAN ‘KEJANTANAN’, FADLAN HAZIM KINI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA WANITA KAZAKHSTAN

LULUS UJIAN ‘KEJANTANAN’, FADLAN HAZIM KINI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA WANITA KAZAKHSTAN

Bacaan Lanjut
FADLAN HAZIM DEDAH PENGALAMAN UNIK MEMINANG TEMAN WANITA KHAZAKHSTAN

FADLAN HAZIM DEDAH PENGALAMAN UNIK MEMINANG TEMAN WANITA KHAZAKHSTAN

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA

Bacaan Lanjut

MALAM GEMILANG MONTBLANC FRAGRANCE X GLAM LELAKI ALPHAMEN

Bacaan Lanjut
GL NOV:DIS 2021, FADLAN HAZIM, 29, PELAPIS HERO MALAYA 01

GL NOV/DIS 2021: FADLAN HAZIM, PELAPIS HERO MALAYA

Bacaan Lanjut