MALAM GEMILANG MONTBLANC FRAGRANCE X GLAM LELAKI ALPHAMEN
DIRAIKAN DENGAN PENUH GEMILANG! MALAM GLAM LELAKI 15 TAHUN LEBIH MASKULIN DENGAN KEHADIRAN MONTBLANC FRAGRANCE YANG MENGHARUMI SEISI ACARA.

Bertemakan Joyful Future malam GL 15 tahun Alpha diraikan dengan penuh gemilang dan cemerlang. Sudut istimewa kiosk Montblanc Fragrance yang berlatarbelakangkan visual merah logo Montblanc yang menjadi ikonik buat wangian maskulin lelaki. Jenama ini turut meraikan ulangtahun ke-10 dengan barisan wangian Legend yang juga diserlahkan bersama warna yang membara.
Setiap barisan wangian dipamerkan ada cerita hebat tersendiri dan inspirasi yang membuatkan mengapa wangian tersebut menjadi pilihan lelaki masa kini. Tiada warna sehangat merah. Wangian Montblanc Legend hadir dengan semangat baharu, lebih berani dan menarik perhatian ramai. Wangian yang direka oleh Anne Flipo dan Nicolas Beaulier, Montblanc Legend ini menangkap aroma intensif maskulin dengan campuran segar Blood Orange dan Grapefruit di samping kontras spicy bersama Clary Sage, Cedarwood dan Juniper Berry. Aroma sensual Mahogany, Atlas Cedarwood dan Tonka Bean bakal buat anda terasa lebih bersemangat.
Kehadiran para tetamu istimewa GLAM Lelaki juga berpeluang untuk menyaksikan barisan utama wangian Legend dan menyelami pengalaman memilihan haruman terbaik untuk setiap personaliti. Aktor seperti Meerqeen, Shafiq Kyle, Izzani Ismail dan ramai lagi memilih wangian yang sesuai dengan peribadi masing-masing.
Artikel berkaitan PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Meerqeen
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.











