FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
“Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini.”
Pelakon dan penyanyi terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian apabila menzahirkan ucapan penuh kasih buat isterinya, Amira Othman, sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-32.
Dalam hantaran di Instagram, Fattah menulis mesej yang sarat dengan rasa syukur dan cinta. Hantaran itu menggambarkan Amira sebagai “anugerah dari syurga” serta sumber kekuatannya dalam kehidupan berumah tangga.
“Selamat hari lahir kepada isteriku, Nadia Amira binti Othman — anugerah dari syurga. Semoga tahun baharu ini, bersama rumah yang baru kita bina, menjadikan kamu kuat menghadapi hari-hari mendatang, sama ada hujan atau panas,” tulis Fattah.
“Suamimu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu — semoga hidupmu diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dan terus menjadi inspirasi kepada semua yang mengenalimu. Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini,” tambahnya lagi.
Ucapan tersebut segera menarik perhatian peminat dan pengikut media sosial, dengan ramai yang tersentuh melihat keakraban pasangan ini. Amira turut membalas mesej suaminya dengan penuh kasih, menyifatkan Fattah sebagai “suami dari syurga” sambil mendoakan segala kebaikan buatnya.
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 14 September lalu di sebuah resort mewah di Sepang. Pasangan ini kembali diraikan dalam satu majlis resepsi istimewa di Melawati Convention Centre, Hulu Klang, malam tadi. Majlis resepsi kali ini lebih meriah dengan kehadiran barisan selebriti seperti Chakra Khan, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, MK K-Clique, dan juga biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza. Para peminat bertuah juga hadir untuk turut berkongsi detik bahagia mereka.
Momen romantik antara Fattah dan Amira ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi lambang kematangan cinta dua figura seni yang kini melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh ketenangan dan doa.
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025
Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN SAH BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI
Tiada rahsia lagi! Fattah Amin dan Amira Othman bakal bernikah 14 September ini. Dari rakan sekerja ke rakan serumah.
KENALI AMIRA OTHMAN, WANITA YANG DIPIKAT OLEH FATTAH AMIN
Baru sahaja mengumumkan perkahwinan mereka, Amira Othman merupakan wanita yang berjaya dipikat oleh hero malaya, Fattah Amin.











