Skip to content

FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Dandanan: JUNO KO Gambar: CHEE WEI, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks & interviu: ASRAF AIDED

Fattah Amin GLAM Lelaki

Jaket, baju kait & rantai: DIOR

Buat kali keempat, GLAM Lelaki sekali lagi menampilkan aktor popular Fattah Amin selaku cover untuk edisi pembuka tirai 2025.

Orangnya mudah didekati dan berjiwa besar. Beliau sentiasa bersikap positif terutama dalam urusan kerja. Aktor yang mula menempa populariti sejak kemenangan dalam program realiti dan barisan drama televisyen dan filem ini  juga tidak mudah melatah
dengan dugaan kehidupan.

Fattah atau nama kelahirannya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, semestinya menjadi tumpuan ramai tahun lalu. Apa yang jelas kelihatan, beliau sentiasa konsisten mencurahkan usaha dalam kerjaya. Mungkin disebabkan itu, popularitinya tidak memudar. Selain kerjaya lakonan, Fattah juga laris menjadi buruan pihak usahawan dalam melantiknya sebagai duta produk.

Seterusnya apakah langkah dan percaturan Fattah untuk tahun baharu ini?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Apa khabar Fattah? Apa perkembangan terbaharu anda?

Khabar baik, antara perkembangan terbaharu saya, Insya-Allah bulan ini saya bakal memulakan sebuah penggambaran drama di bawah produksi Erma Fatima. Pada masa sama, saya masih meneruskan komitmen dengan pihak klien seperti menjadi duta produk, menjayakan kempen, membuat sesi live di media sosial dan sebagainya.

Difahamkan, anda terlibat dengan sebuah drama berisiri digital.  Pendapat anda, apakah kebaikan drama yang ditayangkan di platform media sosial?

Saya lihat ia sebagai satu transformasi baharu dan segar. Pendapat saya, apabila orang ramai menonton drama siri di media sosial, ia lebih mudah dikongsi dan penonton juga boleh memberikan komen secara terus. Sefaham saya setakat ini, siri digital memang memfokuskan jumlah tontonan yang tinggi dan engagement bersama penonton. Mungkin dengan adanya siri digital, ia boleh menaikkan lebih lagi naskhah drama Melayu di Malaysia.

Fattah Amin Glam Lelaki

Jaket, kemeja Polo T, denim & loafer, GUCCI

Perkembangan filem pula bagaimana? Tentu ada berita gembira buat para peminat.

Saya sudah selesai menjalani penggambaran sebuah filem baharu tahun lalu dan bakal ditayangkan tahun ini. Judul filem itu adalah ‘The Skin’. Sebenarnya saya sangat tak sabar untuk berkongsi filem ini dengan peminat.

‘The Skin’ adalah hasil kerjasama pertama kali saya dengan pengarah Din Said dan sahabat saya Pekin Ibrahim. Mereka berdua sememangnya hebat dan berbakat besar dalam berkarya. Penceritaan dalam ‘The Skin’ lain daripada yang lain, ia mengangkat elemen budaya iaitu persembahan wayang kulit di Pantai Timur, jadi memang banyak elemen kesian ditonjolkan selain membawa mesej yang mendalam.
Sebagai pelakon yang dilahirkan di Kuala Lumpur, saya menyahut cabaran untuk bertutur menggunakan dialek Kelantan dalam filem ini. Ia memang mencabar. Sebelum memulakan penggambaran pun, saya banyak lakukan research tentang karakter, dialek Kelantan dan keseluruhan cerita. Perkara-perkara sebegitulah yang membuatkan saya teruja menantikan hari tayangannya.

Adakah kini anda lebih berhati-hati dalam memilih naskhah?

Ya betul. Dari semasa ke semasa, sebagai pelakon saya mementingkan naskhah yang berkualiti. Begitu juga dengan karakter. Namun soal menjayakan sesebuah watak, ia terpulang kepada cara kerja seseorang pelakon itu sendiri. Saya sentiasa ingin melakukan yang terbaik kerana jika naskhah sudah menarik, pelakon pun perlu mewarnakannya dengan penuh komited, itu sudah menjadi tanggungjawab yang tidak boleh dipandang remeh.

Fattah Amin GLAM Lelaki

Jaket puff, CARHAT WIP

Kerjaya muzik pula bagaimana, ada perancangan melancarkan lagu untuk 2025?

Tahun ini, masih ada perancangan untuk buat lagu cuma saya masih belum boleh dedahkan sepenuhnya tentang perkara ini. Kebetulan saya sedang sangat sibuk dengan komitmen lakonan serta brand endorsement, saya mahu fokus satu per satu dahulu.

Siapa insan-insan penting yang sentiasa mendukung kerjaya anda?

Tentunya ibu bapa dan keluarga saya. Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat doa daripada mereka. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan saya seperti Acha, Syazwan dan lain-lain. Mereka inilah yang banyak membantu saya dalam kerja selama ini. Kami selalu mempunyai persefahaman yang baik terutama dalam membuat keputusan. Tidak dilupakan juga semua peminat setia kerana tanpa mereka, siapalah saya.

Fattah Amin

Kot labuh & denim, MOSCHINO, loafer, GUCCI

Boleh kongsikan jenis filem yang anda sukai?

Saya seorang penggemar filem aksi sejak kanak-kanak lagi. Syukur Alhamdulillah saya sudah berpeluang melakonkan beberapa watak adiwira dan aksi seperti dalam filem ‘Mat Kilau’, ‘KL Special Force’ dan ‘Pendekar Awang’. Selain watak yang menarik, saya suka filem-filem aksi atau super hero kerana kebanyakan penceritaannya membawa mesej positif seperti membantu orang dan sebagainya.

Khabarnya, sejak bergelar duda, anda laris menjadi buruan pelbagai jenama. Adakah ia membantu dalam mengekalkan populariti?

Ini adalah rezeki daripada-Nya. Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Saya gembira kerana kebanyakan klien yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mempromosikan produk mereka melihat hasil dan peningkatan dari segi jualan. Dalam hal ini, kami sebenarnya saling membantu dalam berkongsi rezeki. Dari segi menjaga populariti pula, mungkin ia boleh membantu kerana orang akan sentiasa bercakap tentang kita. Apapun, saya galas tanggungjawab yang diberikan dan melakukan tugasan saya dengan sebaik mungkin.

Apa agaknya yang anda lakukan ketika waktu lapang?

Jujur saya katakan, saya jarang ada masa lapang. Hujung tahun baru-baru ini saja saya pergi bercuti sekejap itupun sambil melakukan beberapa tugasan kerja di luar negara. Saya selalu memanfaatkan masa lapang dengan menyelitkan sedikit hal kerja. Dalam pada itu, walau sesibuk mana saya, saya tetap akan meluangkan masa untuk berjumpa anak (Nur Fatima Aisya, 3,) itu sudah menjadi tanggungjawab saya
sebagai ayah, tidak kira apa jua yang terjadi.

Jaket, baju kait, seluar, rantai & sniker, DIOR

Boleh kongsikan tentang fokus anda untuk tahun ini?

I want to be a better person, better Muslim and a better father. Tahun ini juga saya ingin memberi fokus yang lebih kepada kerjaya saya. Saya mahu menjadi seorang selebriti yang lebih baik berbanding sebelumnya yakni boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. Semoga tahun ini, Allah SWT sentiasa melindungi saya serta mempermudahkan segala urusan. Itu harapan saya.

Pada usia 30’an seperti sekarang, gaya fesyen seperti mana yang anda gemari?

Gaya harian saya lebih kepada kasual. Saya sangat mementingkan keselesaan. Saya selalu keluar dengan memakai jeans dan T-shirt atau kemeja berkolar. Apapun ia bergantung pada lokasi dan acara, kalau di acara-acara rasmi, saya mesti menyarungkan sut lengkap untuk menghormati majlis.

Artikel berkaitan: SKY ISKANDAR, DARI MODEL KE PELAKON

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

"I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT," ZACHARY PUUNG.

ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN

5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN

Bacaan Lanjut
FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”

Bacaan Lanjut
10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

Bacaan Lanjut
“MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOU CHARACTER AND YOUR PERSONALITY,” MUQH MAZELAN.

MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”

Bacaan Lanjut