Skip to content

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

Kongsikan artikel ini

Penyanyi ikonik kelahiran Ireland, Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat menghembuskan nafas terakhir pada 26 Julai lalu.

Pelantun Lagu Nothing Compares 2 U itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah sewanya di Brixton, London. Khabar duka itu dikongsikan ahli keluarga Sinead O’Connor menerusi satu kenyataan rasmi.

“Dengan rasa dukacita kami ingin mengumumkan bahawa Sinead O’Connor telah meninggal dunia. Kami amat terkesan dengan pemergiannya dan memohon agar diberikan ruang pada saat sukar ini.”

Genap dua minggu, penyanyi dan aktivis itu akhirnya dikebumikan di kampung halamannya di pekan Bray, 20 kilometer dari Dublin. Sebelum disemadi, jenazah dibawa melalui jalan di hadapan rumah yang pernah didiaminya selama 15 tahun.

Sinead O'Connor

Pemergian Sinead O’Connor Ditangisi

Ribuan peminat termasuk selebriti dan orang kenamaan memenuhi jalan di pekan Bray sambil berarak untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya. Mereka turut meninggalkan jambangan bunga dan mesej hiba di pintu masuk kediamannya.

Presiden Ireland Michael Higgins, Perdana Menteri Leo Varadkar serta penyanyi Bono dan Bob Geldof antara nama tersohor yang menghadiri acara itu.

Sinead O’Connor

Sinead O’Connor

“Kesedihan dan penghargaan yang diberikan terhadap kehidupan serta kerjaya Sinead O’Connor menunjukkan kesan mendalam yang dia berikan kepada rakyat Ireland,” kata presiden.

Usai perarakan, jenazah dikebumikan mengikut syariat Islam secara privasi yang hanya dihadiri ahli keluarga. Upacara itu diketuai oleh Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.

“Saya amat bertuah kerana berpeluang mengetuai umat Islam melakukan solat jenazah dan ‘menghantar’ salah seorang sahabat kita, Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat pulang ke negeri abadi.

“Saya juga ingin menyampaikan salam takziah buat seluruh keluarga dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengiktiraf dan meraikan identiti barunya sebagai seorang Muslim,” ciapnya di Twitter.

Perjalanan Kerjayanya Di Pentas Antarabangsa

Sinead O’Connor bergelar penyanyi pada tahun 1980-an menerusi album pertama, The Lion and The Cobra. Namanya menjadi sebutan peminat selepas pelancaran album I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1990.

Lagu popularnya, Nothing Compares 2 U berjaya menembusi carta global dan dinobat lagu nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards. Sejak memeluk Islam pada 2018, dia menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat namun masih mengekalkan nama asal di atas pentas.

Dua minggu sebelum meninggal dunia, dia berkongsi perancangan untuk melancarkan album baru pada awal tahun hadapan. Ibu kepada empat cahaya mata itu juga mahu menjayakan konsert jelajah dunia bermula akhir tahun 2024, malangnya hasrat itu tidak kesampaian.

Pautan berkaitan: SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

Bacaan Lanjut
SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut
15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA MENGENAI RONAN KEATING CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2023

SEGALANYA MENGENAI RONAN KEATING CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2023

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut
BINTANG VINCENZO, NA CHUL MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT

BINTANG VINCENZO, NA CHUL MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT

Bacaan Lanjut