G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK
Penyanyi rap kumpulan BigBang, G-Dragon memberi kejutan apabila mengumumkan dia bakal membuat comeback tidak lama lagi.
Menurut laporan, dia kini sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat. Kali terakhir dia mengeluarkan album adalah pada 2017 berjudul Kwon Ji Yong, genap tujuh tahun lalu.
Berita gembira itu dikongsikan wakil agensi Galaxy Corporation menerusi satu kenyataan akhbar di Korea Selatan, ketika pertemuan G-Dragon dengan Frederic Malle, pengasas wangian Perancis, Editions de Parfums Frederic Malle.
Pencipta wangian yang berpangkalan di New York itu berada di Seoul untuk melawat butiknya yang dibuka buat pertama kalinya di Asia. Baru-baru ini Editions de Parfums Frederic Malle berkolaborasi dengan penyanyi itu dan menghasilkan edisi terhad wangian popularnya, Musc Ravageur yang dikenali sebagai ‘G-Dragon Perfume’.
“Artis kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama dan produk yang disukainya sejak lebih 10 tahun lalu. Dia juga kini sedang dalam proses pembikinan album baru dengan matlamat untuk membuat kemunculan semula pada separuh kedua tahun ini. Nantikan,” menurut agensi.
G-Dragon Semakin Laku
Menurut Galaxy Corporation, penyanyi yang mendapat jolokan ‘Raja K-Pop’ itu akan terus aktif dengan pelbagai projek selepas melancarkan album baru.
“Selepas membuat kemunculan semula, dia akan menjayakan aktiviti global termasuk projek di Jepun. Cawangan kami di Jepun akan memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dijalankannya selepas ini.”
Dragon meninggalkan agensi YG Entertainment tahun lalu dan menandatangani kontrak eksklusif dengan Galaxy Corporation. Sejak itu dia terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya menghadiri acara Consumer Electronics Show (CES) 2024 yang diadakan di Las Vegas pada Januari lalu. Dia turut mengumumkan kerjasama dengan Yoshiki, ketua dan pemain dram kumpulan rock legenda Jepun, X Japan.
Foto: X
Pautan berkaitan: G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’
Gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang memiliki pesona luar biasa dan pengaruh besar dalam dunia hiburan serta fesyen. Dalam dunia hiburan Korea, gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang bukan sahaja mempunyai bakat yang luar biasa, tetapi juga berjaya mencuri perhatian ramai dengan pesona, gaya, dan pengaruh yang luar biasa. Mereka sering…
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DENGAN POWER
Tujuh tahun menyepi daripada dunia muzik solo, G-Dragon akhirnya muncul dengan buah tangan terbaru buat peminat.
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34
Sempena meraikan hari istimewanya, G-Dragon membuat kejutan dengan membuka satu lagi akaun Instagram rasmi. Sehingga kini ia telah mencapai lebih 138,000 ribu pengikut.
G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan, G-Dragon menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya.
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.