Skip to content

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Kongsikan artikel ini

Gelaran putera raja datang dengan ‘pakej’ pendapatan tahunan yang cukup lumayan, seperti yang diterima Putera William.

Menurut beberapa kenyataan, Putera Wales menerima sebanyak RM140 juta daripada Duchy of Cornwall miliknya pada tahun kewangan 2022-2023. Estet yang diwarisinya daripada Raja Charles III selepas baginda menaiki takhta pada September 2022 memperoleh lebihan boleh agih berjumlah RM142 juta daripada pelaburannya, menurut Laporan Tahunan Bersepadu.

Selain wilayah itu, Putera William turut dikurniakan gelaran Duke of Cornwall. Dek peranan baru ini, dia berhak mendapat keuntungan Duchy setiap tahun.

Foto: Duchy of Cornwall

Laporan sama mendedahkan bahawa Putera William yang merupakan peminat tegar bola sepak turut diberikan gelaran Penaung Persatuan Bola Sepak selepas meletakkan jawatannya sebagai presiden. Gelaran itu sebelum ini disandang oleh nendaknya, Ratu Elizabeth II.

Persatuan ini menyelia pasukan bola sepak profesional lelaki dan wanita, belia serta orang kurang upaya di England. Bukan itu saja, beliau turut diberi kuasa ke atas Badan Amal Pengawal Welsh dan Persatuan Pertanian Diraja Cornwall. Juga dinamakan sebagai Presiden Persatuan Victoria Cross dan George Cross.

Harta Warisan Putera William

Secara rasmi, Duchy of Cornwall adalah estet persendirian yang menawarkan ruang kepada Putera William, Puteri Kate Middleton dan tiga anak mereka untuk melakukan aktiviti rasmi, amal dan persendirian. Hartanah luas itu bernilai lebih RM47 bilion dan ditubuhkan pada 1337 oleh Raja Edward III untuk menyediakan dana bagi pewaris takhta untuk generasi akan datang.

Secara fizikal, Duchy of Cornwall meliputi kira-kira 205 batu persegi tanah di seluruh United Kingdom yang merangkumi lebih 20 daerah. Ia merupakan salah satu estet terbesar dan tertua di Britain.

putera william

Duchy of Cornwall. Foto: Getty Images

Duke of Cornwall secara sukarela membayar cukai pendapatan atas lebihan hasil tahunan yang diterimanya selepas menolak kos berkaitan perniagaan. Harta pusaka itu dikecualikan daripada cukai perbadanan kerana ia bukan entiti undang-undang berasingan.

Tahun 2023-2024 menandakan kali pertama bapa kepada tiga cahaya mata itu menerima keuntungan penuh daripada wilayah tersebut. Tahun lalu ia memperoleh kira-kira RM135 juta, namun Putera William hanya mendapat sebahagian iaitu sekitar RM35 juta kerana wilayah itu diwarisinya pada pertengahan tahun.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: TAYLOR SWIFT ARTIS WANITA BERPENDAPATAN TERTINGGI, SIAPA UNGGULI CARTA FORBES?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut
5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut
FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

Bacaan Lanjut
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut