Skip to content

GEORGE CLOONEY ISI MASA TERLUANG KETIKA PANDEMIK DENGAN MENJAHIT

GEORGE CLOONEY ISI MASA TERLUANG KETIKA PANDEMIK DENGAN MENJAHIT

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan pengarah The Midnight Sky, George Clooney rupa-rupanya mahir menggunakan jarum dan benang.

Dalam wawancara terbaharu bersama AARP Magazine, Clooney berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa di rumah bersama keluarga ketika pandemik Covid-19.

Dia memberitahu, menjahit adalah aktiviti utamanya sewaktu kuarantin. Setelah mendapat mesin jahit lama daripada pembantu, dia mula menjahit pakaian anak kembarnya, Alexander dan Ella yang kini berusia tiga tahun.

“Saya banyak menjahit pakaian anak-anak. Malah, saya jahit semula pakaian isteri yang terkoyak beberapa kali,” jelasnya. Clooney mempelajari sendiri kemahiran ini beberapa tahun lalu sewaktu belum bergelar suami.

“Saya membujang untuk jangka masa yang lama dan poket saya pernah kosong, jadi saya harus belajar memperbaiki sesuatu.”

“Jika saya terperangkap di sebuah pulau dan harus memilih seseorang untuk membantu saya bertahan, saya akan pilih diri sendiri. Cuba tanya rakan-rakan saya, mereka juga akan memilih saya. Saya boleh membuat sengkayan daripada itu dan kendi air daripada ini,” katanya.

Dengan tambahan masa yang ada, Clooney turut membuat projek pembaikan kediaman – termasuk mengecat perabot serta dalaman dan luaran rumah, dan memasang pagar untuk anjing peliharaannya.

“Ia semakin pudar dan saya pula mempunyai satu tong cat di rumah, jadi saya terfikir, ‘Apa lagi yang boleh saya lakukan?’”, katanya mengenai salah satu projeknya. Clooney mengakui aktiviti sebegini membuatkan dia berasa lebih baik.

November tahun lalu, penerbit bersama filem Argo ini berkongsi satu lagi aktivitinya di rumah: Rahsia potongan rambut DIY. Dia mengakui telah menggunakan Flowbee, produk infomersial yang popular pada tahun 80-an untuk memotong rambutnya di rumah selama 25 tahun.

 

clooney

Foto: JimmyKimmelLive/Twitter

 

Dalam wawancara bersama AARP Magazine, dia turut berbicara mengenai penuaan, keibubapaan, minatnya pada penulisan surat (dia dan isteri, Amal Alamuddin sering meninggalkan nota tulisan tangan di bawah bantal masing-masing), dan punca dia memilih nama ringkas buat anak-anaknya.

 

Foto: Getty Images

 

Pautan berkaitan: TURUN BERAT BADAN SECARA DRASTIK, GEORGE CLOONEY DIMASUKKAN KE HOSPITAL

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER

Bacaan Lanjut

TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA

Bacaan Lanjut

MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut

ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI

Bacaan Lanjut