Skip to content

awal ashaari best dressed

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI

Kongsikan artikel ini

Teks: SHAKIF MD NOOR, Temu bual, BATRISYIA FAISAL

“STAIL TERBAIK” ATAU “BEST DRESSED”- GL THE MAN AWARDS 2025, AWAL ASHAARI. SEORANG IKON GAYA LELAKI YANG BUKAN SAHAJA SENTIASA STYLISH, TETAPI JUGA BERANI BEREVOLUSI DALAM FESYEN. DARI GAYA KLASIK KE MODEN KONTEMPORARI, AWAL ASHAARI MEMBUKTIKAN BAHAWA STAIL BUKAN SEKADAR PAKAIAN. IA ADALAH CERMINAN KEYAKINAN, KEPERIBADIAN, DAN VISI. TERUS MENJADI INSPIRASI BUAT GENERASI LELAKI YANG INGIN TAMPIL SEGAK DENGAN KELAS TERSENDIRI. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?

Lima tahun lalu, saya melihat diri saya sebagai individu yang meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan,  segalanya tentang impian, cita-cita, dan apa yang saya mahukan. Namun hari ini, perspektif itu telah berubah. Hidup saya kini bukan lagi tentang “me”, tetapi tentang “we”. Tentang bagaimana saya boleh membahagiakan keluarga, membesarkan anak-anak, dan memastikan isteri serta insan tersayang hidup dalam kebahagiaan. Saya percaya perubahan ini hadir apabila seseorang benar-benar memahami erti tanggungjawab dan kasih sayang sebenar.

Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?

Keputusan paling besar dan berisiko yang pernah saya ambil adalah memperlahankan langkah dalam dunia hiburan untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Dunia hiburan merupakan cinta pertama saya. Saya membesar dan dikenali di dalamnya. Namun, saya juga sedar industri ini tidak menjanjikan kesinambungan buat semua. 

Saya mula bertanya pada diri, “Sampai bila Awal Ashaari akan kekal relevan?” Lalu saya memilih untuk membina hala tuju baharu demi masa depan yang lebih stabil untuk keluarga. Keputusan itu bukan mudah, tetapi hari ini saya bersyukur kerana ia membawa keseimbangan antara minat dan tanggungjawab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?

Selain dunia hiburan, saya amat meminati interior decoration dan rekaan dalaman. Ia seperti terapi buat saya. Interior decoration dan rekaan dalaman memberi ketenangan selepas hari yang panjang. Reka bentuk dalaman rumah saya sendiri, misalnya, saya hasilkan dengan tangan saya sendiri. Baru-baru ini, saya juga terlibat dalam projek rekaan dalaman untuk sebuah butik. Selain itu, saya turut menubuhkan event crew saya sendiri, SOCIETY, kerana saya suka melihat bagaimana sesuatu acara boleh dihidupkan dengan sentuhan peribadi. Jika cinta pertama saya adalah hiburan, maka design dan event hosting adalah cinta kedua yang memberikan kepuasan sama tetapi dalam bentuk yang  berbeza.

Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?

Bagi saya, good style tidak bermaksud perlu berlebihan atau terlalu mencuba. Ia tentang keseimbangan antara keselesaan, keyakinan, dan originality. Bila seseorang terlalu berusaha untuk menarik perhatian, gaya itu hilang sentuhannya. Good style datang apabila kita berpakaian dengan rasa selesa, tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri, dan tampil dengan yakin tanpa perlu menjelaskan apa-apa. “Effortless but presentable”. itu kunci sebenar gaya yang baik bagi saya.

Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri yang diceburi?

Menjadi seorang ‘boss’ bukan bermaksud segalanya berpusat pada diri sendiri. Ia tentang kepimpinan;  dan kepimpinan yang baik datang dengan empati, kepercayaan, serta hubungan yang kukuh dengan orang di sekeliling kita. Tanpa sokongan mereka, tiada siapa boleh digelar ‘boss’ sebenar. Dalam industri ini, saya belajar bahawa untuk terus relevan, kita perlu menghargai orang di sekeliling, memahami peranan masing-masing, dan sentiasa berkembang bersama. Being a boss means knowing your people, and growing with them.

Artikel berkaitan: AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

pipi razi

5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
pipi razi

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR

Bacaan Lanjut
style's choice

UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?

Bacaan Lanjut
SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!

SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!

Bacaan Lanjut