Skip to content

hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni senior: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI, Dandanan: CKAY LIOW, Gambar: CHINTOO, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL & SITI MALIYANAH, Teks: ZAIDI CHE

Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ – menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).

Bintang pertama, Hael Husaini selaku penyanyi, penulis lirik dan komposer bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni hiburan tanah air. Pemenang Anugerah Juara Lagu dua kali berturut-turut ini tetap teguh dalam mempertahankan karier seninya, melihat era baru itu bukanlah satu halangan seni buat dirinya. 

Walau aral datang membadai, pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Bagi dirinya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan. Tak perlu menjadi orang lain, cukup menjadi seorang Hael Husaini

Ikuti wawancara eksklusif kami bersama Hael Husaini selaku wajah pertama NEW ERA Glam Lelaki

Jam tangan: OMEGA Speedmaster Moonwatch Professional

In your own words. Siapakah Hael Husaini?

Hael Husaini adalah Hael Husaini. Tiada yang lain, hanya Hael Husaini.

Inspirasi kamu menjadi seorang anak seni? 

My inspiration is my ownself. Di mana sahaja saya berpijak, saya akan selalu menjenguk kembali zaman kanak-kanak Hael Husaini. 

Apa yang ada pada diri saya sekarang ialah perkara-perkara yang terbentuk daripada diri saya sendiri. 

Sedari zaman kanak-kanak hingga dewasa, saya menyanyi dan saya percaya saya akan menjadi apa yang saya jadi kini iaitu seorang anak seni. 

Apa yang kamu harapkan pendengar perolehi setelah mereka mendengar lagu ciptaan/nyanyian kamu?

Kepuasan bagi mereka, juga hadiah buat mereka yang telah memberi suatu kejayaan buat saya.

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Jam tangan: OMEGA Speedmaster Professional

Lagu kegemaran kamu yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi karier seni kamu?

‘Bukan Cinta Biasa’, nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Saya tidak peduli jika ada yang mahu kecam. Bait-bait lirik lagu ini sangat mendekat dengan jiwa saya. 

Walaupun saya dikenali sebagai seorang penyanyi, saya masih seorang insan biasa yang merasa apa yang dirasakan oleh seorang manusia biasa.

It’s my favourite song. Forever.

How do you handle haters? 

I don’t really believe in haters. My life’s moto is simple, if you don’t like me, I’ll make sure that I’ll make you like me.

Bagaimana saya menanggapinya? Saya anggap mereka umpama ‘angin’. Berlawan dengan angin, jika ditumbuk-tumbuk pun, tidak akan jadi apa-apa, bukan?

At the end of the day, you can only pray to God. Kita hanya mampu berdoa pada Allah. Meminta-Nya ‘perlahankan’ angin itu. 

Semua itu kuasa Tuhan, bukan kuasa saya. Sebaiknya, saya sandarkan semuanya di tangan yang Maha Esa.

Apakah pandangan kamu terhadap industri seni muzik di Malaysia? 

Saya berada di satu fasa yang membuat saya amat berbangga berada di atas pentas seni muzik Malaysia.

Walaupun industri kita sudah semakin jauh ke hadapan dan boleh dikatakan setaraf dengan industri muzik seberang, kita masih mampu mengekalkan identiti muzik Melayu kita. Itu yang paling penting.

Jika mahu penambahbaikan, mungkin dari segi kebebasan berkarya. Maksudnya, sebagai penyanyi jangan terlalu ‘terikat’ dengan segala macam peraturan yang ada. 

Just be yourself. Express your art. Dan itu akan menjadikan muzik kamu lebih istimewa di mata semua orang.

Di era baru ini, apakah langkah proaktif yang perlu diambil seorang penyanyi supaya kekal relevan di persada seni? 

Saya percaya untuk bertahan dalam industri ini kita tidak boleh bergantung harap kepada orang lain. Kamu bertanggungjawab terhadap diri kamu sendiri. 

Bagaimana kamu mempromosikan diri kamu, muzik kamu dan apa sahaja bakat yang hadir dari sanubari kamu. 

Bukan bidang muzik sahaja, saya rasa kita boleh kaitkannya juga dalam kehidupan. 

At the end of the day, you stay alone by yourself. Pucuk pangkalnya adalah diri kamu sendiri. 

glam lelaki new era

Jam tangan: OMEGA Speedmaster Moonwatch Professional

Sebagai penyanyi, apa yang bakal kamu lakukan di era serba baru ini?

Meski orang berkata ini zaman Gen Z, saya akan tetap menjadi diri saya sendiri. Tanpa mengira zaman apa sekalipun yang muncul nanti, tetap saya akan membawanya dengan cara saya.

Kalau semua hanya sekadar mengejar trend, percayalah ia tidak akan kekal lama. Zaman berganti zaman. Ia akan pupus ditinggal kenangan.

Saya mahu menjadi autentik. Saya hanya akan berada dan mengikut pengaliran muzik itu dengan bermotifkan diri Hael Husaini sendiri. Bagi saya ia lebih malar segar. 

Jika kamu dikurniakan satu kuasa adiwira, apakah yang akan kamu lakukan untuk sebuah dunia baru yang lebih sentosa?

Telepati. 

Saya suka watak Professor Charles Xavier dari filem The X-Men. Saya akan memilih kuasanya yang boleh membaca dan mengawal minda seseorang.

Jika saya mempunyai kuasa seperti itu, saya akan membuatkan semua orang di dunia ini supaya berfikiran positif.

Itulah perkara penting dan diperlukan di dalam dunia masa kini. Kita harus berpandangan positif untuk satu dunia yang aman dan damai.

Glam Lelaki di mata kamu? Sepatah dua kata untuk Glam Lelaki yang berwajah baru. 

Tanpa Glam Lelaki, seorang Hael Husaini tidak mungkin akan dikenali dalam dunia fesyen lelaki tempatan kerana Glam Lelaki merupakan medium media pertama yang menerima saya dalam industri fesyen ini.

Masih saya ingat kulit majalah pertama saya bersama Glam Lelaki sebelum memenangi Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu ‘Jampi’. Glam Lelaki mempercayai saya dan untuk itu saya amat berterima kasih. 

Akhir kata, ingin saya ucapkan tahniah kepada Glam Lelaki dan berharap agar Glam Lelaki kekal relevan dan terus menjadi wadah dalam mendidik lelaki-lelaki Malaysia untuk menjadi seorang lelaki yang penuh bergaya di era baru ini.

Artikel berkaitan: GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut