Skip to content

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Kongsikan artikel ini

Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL

GLAM Lelaki bawakan pelakon yang masih hangat hingga kini, Adam Lee sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025. 

Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?

Bagi saya, erti Men In Cinema pada zaman kini ialah masih menjaga mutu lakonan yang berkualiti dalam industri.

#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?

Secara skeptikalnya, suara yang berkarisma seperti seorang gentleman, ditambah dengan fizikal yang mantap serta bahasa tubuh yang meyakinkan.

#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?

Judging the book by its cover, apabila orang ramai menilai seseorang tanpa tahu tahap kemampuan pelakon itu. 

#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?

Alhamdulillah, saya dapat lihat bahawa semakin ramai pendatang baru yang berbakat besar di dalam industri, tidak mengira usia.

#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?

John Wick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?

Watak dari filem yang menyentuh hati saya, John Wick. Lakonan  less is more Keanu Reeves di dalam filem tersebut sangat bergaya dan karakter itu disampaikan dengan sempurna.

#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?

Mudah, hanya ikut resmi padi. 

#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?

Untuk saya gambarkan, saya seorang kanak-kanak yang mempunyai personaliti ceria dn suka bermain.

#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?

Untuk capai watak yang saya impikan, untukk diberi naskah yang baik dan cukup buat saya serta yang paling penting sekali, saya berharap lakonan saya diterima masyarakat. 

#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?

Untuk mempunyai sebuah keluarga yang dipenuhi kasih sayang serta menjadi seorang Muslim yang lebih baik. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?

Menunjukkan dan mempamerkan rahsia-rahsia negara. 

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut
grooming lelaki

GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25

Bacaan Lanjut
saleh hasni

SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”

Bacaan Lanjut
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

Bacaan Lanjut
meerqeen glam lelaki

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

Bacaan Lanjut