GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.
#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?
Pada saya, menjadi “Men Of Cinema” masa kini bererti saya antara yang bertuah. Yang telah diberikan kepercayaan untuk menghidupkan watak yang dicipta oleh sutradara. Ia adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan sebaik mungkin.
#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?
Bagi saya, sinema membawakan watak-watak maskulin yang hebat seperti Hang Tuah (M. Nasir), Rocky Balboa (Sylvester Stallone), James Bond (Pierce Brosnan, Daniel Craig) dan ini memberikan saya inspirasi untuk menjadi lelaki yang hebat seperti mereka. Apabila saya sudah berada di dalam industri ini, saya dapat melihat lelaki-lelaki maskulin yang hebat tetapi tidak dipaparkan di layar perak. Sebaliknya, mereka membuat kerja yang lebih mencabar di belakang tabir. Dan mereka ini membuka mata saya bahawa untuk menjadi lelaki maskulin, saya tidak semestinya perlu menjadi secret spy ataupun seorang pendekar ataupun peninju. Kadangkala, mencari rezeki yang halal itu sudah cukup maskulin.
#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?
Ramai salah anggap bahawa kami ini adalah watak yang kami bawa sedangkan kami hanyalah manusia biasa.
#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?
Saya melihat perkembangan yang sihat dengan kehadiran lebih banyak naskah yang berorientasikan lelaki seperti filem Abah Saya Uncle Mike yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos. Ia berdasarkan kisah benar tentang seorang lelaki berbangsa Cina yang menjadikan 3 orang budak Melayu sebagai anak angkatnya.
#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?
Filem animasi ‘Up’ karya Pete Docter dan Bob Peterson
#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?
Watak Hang Tuah (M. Nasir) di dalam filem Puteri Gunung Ledang kerana bagi saya, nama Hang Tuah itu sendiri kekal sepanjang zaman.
#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?
Saya tidak mempunyai apa-apa formula khusus untuk kekal relevan dan saya memang tidak suka publisiti murahan. Saya cuma mengekalkan seratus peratus komitmen, profesionalisme dan menjaga mutu kerja saya untuk kekal relevan.
#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?
Menurut ibu saya, saya seorang kanak-kanak yang normal dan selalu ingin bermain.
#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?
Impian dalam karier lakonan saya adalah untuk membawa nama negara ke persada dunia lakonan antarabangsa.
#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?
Impian saya adalah untuk berjaya tanpa kehilangan jati diri, menjadi insan yang baik, anak yang baik, dan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.
#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?
Jika tiada sebarang batas, terutamanya batas kewangan, saya ingin merealisasikan idea-idea hebat yang tidak dapat dilaksanakan sebagai sebuah filem akibat kekangan dana.
Pautan berkaitan: GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
KELUANG MAN BAWA PELAKON HEBAT KE PAWAGAM
Keluang Man membawa semula nostalgia kartun zaman kanak-kanak ke pawagam dengan barisan pelakon hebat tanah air.
NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA IKONIK, KELUANG MAN
Nas-T semakin mendapat perhatian sejak dilihat membintangi filem adiwira Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam, 29 Mei ini.
LAKONAN BETO KUSYAIRY MENGHIDUPKAN FILEM “GAYONG”
Lakonan Beto Kusyairy dalam filem Gayong menampilkan kehebatan seni silat sebagai warisan budaya Melayu yang dihidupkan semula.
ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA
Andy Teh semakin mencuri tumpuan di kalangan peminat filem aksi. Kenali evolusi bintang ini dalam dunia hiburan tempatan.
5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD
Sharnaaz Ahmad, nama yang semakin menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi selepas keluaran filem hangat, Blood Brothers.